Pages

Tuesday, November 12, 2013

The Red Warrior: Husam Patut Ambil Alih KAFA

Setakat artikel ini ditulis,, sekurang-kurangnya 8 orang pemain pasukan Kelantan yang dikenali sebagai The Red Warrior (TRW)  ini, telah meninggalkan pasukan tersebut untuk berhijrah ke pasukan lain.

Aku ulang, setakat ini, akan datang mungkin ada lagi.

Keadaan ini bahaya kepada Pakatan Rakyat kerana bolasepak, terutama di Kelantan adalah cara paling efektif untuk mempromosikan idealogi politik secara tidak langsung.

Jika dah kehilangan terlalu banyak pemain berkaliber, agak-agak mutu permainan pasukan Kelantan masih macam dulu lagikah?  Aku yakin pasti merosot dengan teruk.  Macam musim ini, baru kehilangan 2 pemain kepada pasukan JDT, Kelantan dah gagal mempertahankan Piala Malaysia.

Itu baru 2, sekarang ini kita sedang cakap tentang 8 pemain!!  Bila dah merosot, aku tak yakin penonton akan memenuhi stadium setiap kali Kelantan bermain, di mana lokasi punlah.  Maklum sajalah, orang Kelantan ada di merata tempat.

Maka itu, sudah sampailah masanya PAS Kelantan menggunakan kelemahan yang sedang berlaku sekarang untuk mengambil alih pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), dari tangan pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Selama ini pun banyak juga tak kena bila pengurusan negeri diperintah Pakatan Rakyat itu, diterajui oleh orang UMNO.  Ada dakwaan, pelbagai kejayaan pasukan Kelantan dalam liga bolasepak tempatan, telah digunakan Annuar Musa untuk meningkatkan imej dirinya dan UMNO.

Walaupun hanya dakwaan, tapi rakyat lihat sendiri pada PRU13 yang lepas, UMNO menambah kerusi DUN dan Parlimen di Kelantan.  Annuar Musa sendiri kembali menjadi Ahli Parlimen Ketereh setelah mengalahkan calon PKR dengan majoriti tipis 974 undi.

Sebab itu aku kata, penting untuk PAS Kelantan ambil alih KAFA dengan segera.

Aku melihat orang yang paling layak menerajui KAFA ialah Datuk Husam Musa, ADUN Salor yang juga bekas Exco Kerajaan negeri.  Muda, dinamik dan mempunyai kekuatan dari segi kewangan, Husam aku yakin mampu membawa pasukan Kelantan kembali kepada era kegemilangannya.

Seorang lagi pemimpin PAS negeri yang berpengalaman dalam bidang bolasepak ialah Datuk Takiyuddin Hassan.  Tapi Takiyuddin sudah terlalu sibuk dengan pelbagai jawatan dalam FAM, mana mungkin dia mempunyai masa untuk mengendalikan pasukan TRW sepenuh masa.

Lagipun Takiyudin datang dari golongan ulama.  Aku bimbang kalau dia mengetuai KAFA, dia tidak boleh membezakan antara sukan dengan ibadat.  Silap-silap pemain TRW main bola pakai seluar panjang!!  Tak cukup padang digelakkan orang nanti.

Tak mahulah macam itu.

Menjadikan Husam sajalah calon yang paling sesuai, atau pretasi pasukan bolasepak Kelantan akan terus merudum dan akhirnya peminat menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak masuk campur lebih awal.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab