Perlaksanaan hudud di Kelantan yang sedang menjadi kontroversi hangat di kalangan komponen Pakatan Rakyat ini nampaknya sudah mula menunjukkan penurunan dari segi minat kerajaan negeri untuk melaksanakan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah semalam dipetik sebagai berkata Kelantan masih belum bersedia untuk melaksanakan hudud, walaupun Ketua Hakim Syarie negeri tersebut mengatakan sebaliknya.
Dalam masa yang sama, UMNO Kelantan (melalui Tan Sri Annuar Musa), sengaja menghangatkan keadaan dengan menyatakan sokongan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud - kenyataan bodoh dari parti yang gagal merampas Kelantan dalam PRU13 yang lepas.
Balik pada perbezaan kenyataan tadi, mana satu betul aku tak tahu, tapi sebagai Timbalan Menteri Besar, aku lebih pakai cakap Nik Amar. Lagipun elok begitu, nanti tak pasal-pasal peluang Nik Amar untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS 22 November nanti, berkubur terus.
Elok-elok something, went to nothing.
Sumber memaklumkan bahawa, kalau betul nak dilaksanakan pun hudud di Kelantan, ia akan mengambil masa yang sangat panjang. Selain perlu mendapatkan persetujuan dari PKR dan DAP (yang mana hampir mustahil), prosesnya juga sangat panjang.
Tak pastilah sama ada Mursyidul Am dan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat sempat untuk melihat perlaksanaan undang-undang tersebut.
Mungkin tak sempat kot, Nik Aziz pun dah hampir 90 tahun sekarang, sedangkan hudud kalau ikut jangkaan, memerlukan antara 20 - 30 tahun sebelum boleh dilaksanakan di Malaysia ini, sama macam Brunei sekarang.
Jadi legalah kita semua kerana hudud tak jadi dilaksanakan di Kelantan, sekurang-kurangnya dalam jangka masa terdekat. Sejak mula jadi isu beberapa hari lepas, pening juga kepala aku nak menjawab isu tersebut, terutama bila pemimpin-pemimpin DAP dan PKR bersuara.
Untuk menamatkan terus perbincangan tentang hukuman hudud ini, aku menyarankan agar PAS Kelantan membatalkan terus enakmen Jenayah Syariah 1993 yang terkandung di dalamnya undang-undang hudud oleh kerajaan negeri.
Hapuskan enakmen itu dahulu dan kemudian barulah senang hati kita semua. Dengan enakmen itu masih wujud, selagi itulah persoalan hudud ini tidak akan berhenti menjadi perbincangan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, bila Kelantan mempunyai Menteri Besar baru.
Nanti Menteri Besar yang ini berundur, ganti dengan orang lain pun, isu hudud ini masih diperkatakan juga, kita tak mahu itu. Justeru jalan terbaik ialah membatalkan terus enakmen Jenayah Syariah yang dinyatakan di atas.
No comments:
Post a Comment