Pages

Thursday, January 23, 2014

Azmin MB Baru Selangor, Keputusan Yang Tepat


Aku tak pedulilah apa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution nak kata tentang keputusan mesyuarat Pimpinan Tertinggi PKR malam tadi yang meluluskan usul supaya Khalid Ibrahim dipecat dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Kita semua faham, hal-hal seperti ini, Saifudin tidak boleh sesuka hati nak cakap apa pada media, mesti ada protokol dan kaedah-kaedah tertentu memandangkan perlantikan Menteri Besar yang baru memerlukan kelulusan beberapa pihak seperti DUN Selangor dan Sultan sendiri.

Mengikut peraturan di Selangor, Menteri Besar perlulah dipilih mengikut keputusan majoriti ADUN dalam dewan, sebelum dibawa kepada Sultan untuk mendapat perkenan baginda.  Semua ini memakan masa, bukan boleh selesai sehari semalam.

Dari segi itu kita faham.

Tapi dari satu segi yang lain, Saifudin tidak boleh menafikan hakikat bahawa PKR memang telah buat keputusan supaya Khalid berundur dari jawatannya sebagai MB Selangor.  Perkara ini memang dibincangkan dan diputuskan malam tadi, semua orang yang hadir tahu.

Akhbar Sin Chiew Jit Poh yang pertama kali melaporkan hal ini juga tidak tersilap sebab memang itulah keputusan yang telah dibuat.  Tidak perlu perkenan atau kelulusan sesiapa pun untuk putuskan perkara tersebut kerana isu ini hanya soal dalam parti.

Cuma PKR tidak menyatakan bila pemecatan itu akan berkuat kuasa kerana perlu mematuhi semua protokol yang disebutkan di atas, disamping mencari masa untuk menyakin semua ADUN Pakatan Rakyat di Selangor agar menerima Azmin sebagai Menteri Besar yang baru.

Untuk ini, aku ucapkan tahniah kepada PKR kerana berani menegakkan kebenaran bahawa Azmin memang sepatutnya orang yang paling layak menjadi Menteri Besar Selangor.  Sepatutnya sudah lama Azmin memegang jawatan tersebut, takdirnya memang untuk menjadi Menteri Besar pun.

Kalau tidak kerana Tsunami politik 2008, Khalid hanya boleh memandang sahajalah kerusi Menteri Besar itu dari jauh.  Pada waktu itu, tidak ada siapa menyangka Pakatan Rakyat boleh menang dan seterusnya membentuk kerajaan di Selangor.

Secara kebetulan Khalid sedang menyandang jawatan Pesuruhjaya PKR Selangor, automatiknya dialah yang diangkat menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, ini semua cerita lama, cerita dah basi kata orang.  Hari ini kita bercakap tentang masa depan, bagaimana Selangor boleh jadi negeri yang lebih baik di bawah pentadbiran Azmin sebagai Menteri Besar.

Aku harap perkara ini (perlantikan Azmin) boleh disegerakan, tidak perlu tangguh-tangguh lagi.  Paling aku tak sabar, nak tengok Faekah tu disepak keluar dari pejabat Menteri Besar Selangor, tak boleh tahan dengan perangai andartu tak sedar diri ni.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab