Balaci UMNO mempertikaikan kenapa Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip Erdogan enggan menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengadakan kunjungan ke Malaysia minggu sudah.
Kata mereka lagi, kalau pemimpin Hamas yang dijemput datang UMNO ke Malaysia pun boleh bertemu dengan Anwar, bagaimanakah Erdogan yang diwar-warkan bersahabat baik dengan Anwar, enggan menemui pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut?
Sebetulnya, perkara ini bukanlah isu besar. Erdogan bertemu dengan Anwar atau tidak, itu adalah hak masing-masing. Anwar tak rugi satu sen pun. Kalau Erdogan tak jumpa Anwar maka Anwar hilang RM 1 juta tu, mungkin jugalah, tapi perkara itu tidak berlaku sama sekali.
Aku difahamkan memang Erdogan ada masalah dengan Anwar sekarang. Erdogan sengaja membawa delegasi yang besar semasa datang ke Malaysia (hampir 100 orang) semata-mata nak menunjukkan bahawa dia dan Najib bersahabat baik.
Masalah itu bagaimanapun tidaklah sebesar mana, tak sampai menjejaskan kedudukan Anwar sebagai pemimpin utama dunia pun.
Turki sebetulnya sedang mengintai banyak peluang perniagaan di Malaysia ini dan telah banyak melabur untuk memastikan mereka berjaya menembusi pasaran Malaysia, terutamanya produk-produk pertahanan.
Dalam projek untuk menghasilkan kenderaan berperisai 8x8 yang diasaskan dari kereta perisai jenis PARS buatan Turki, kerajaan Malaysia membelanjakan berbilion ringgit untuk pemindahan teknologi dan beberapa perkara berkaitan.
Kalau peluang ini hilang, Turki akan mengalami kerugian yang jauh lebih besar, maka atas sebab itulah aku percaya, Erdogan meninggalkan Anwar (yang gagal menjadi Perdana Menteri dalam PRU13) untuk 'mengejar' Najib bagi mengelakkan Turki terlepas projek tersebut.
Pendek kata, kekeruhan hubungan antara Anwar dan Erdogan ini hanya bersifat akademik dan sementara. Anwar sendiri pun menurut sumber, tak kebulur (kata orang Perak) dengan bantuan dari Erdogan.
Lebih baik Erdogan uruskan sendiri masalahnya di negara sendiri. Seperti yang semua orang tahu, rakyat Turki sedang membantah pemerintahan Erdogan yang dicemari skandal rasuah sehingga membawa kepada perletakkan jawatan beberapa orang menteri.
Demonstrasi Membantah Erdogan Di Turki |
Malah sebaik pulang dari Malaysia sahaja, dia disambut dengan tunjuk perasaan secara besar-besaran oleh rakyatnya sendiri, menuntut perletakkan jawatannya.
Situasi sama sedang dialami Najib disini. Tidak hairanlah kenapa Erdogan memilih untuk mengutamakan Najib berbanding Anwar, sebab mereka senasib.
Anwar pemimpin utama dunia? Seriously?
ReplyDelete