Wednesday, January 15, 2014

Gempar!! UMNO Lantik Bekas Banduan Jadi AJK Bahagian?


Sedang kecoh diperkatakan orang di sana sini, ada sebuah bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan telah melantik seorang banduan yang baru keluar dari penjara (kurang setahun) sebagai AJK Bahagian tersebut.

Perbuatan melantik bekas pesalah jenayah ini adalah menyalahi peraturan dan syarat-syarat dibawah Akta Pertubuhan yang melarang pesalah jenayah yang pernah dipenjara atau didenda pada jumlah tertentu, dilantik memegang jawatan dalam politik untuk sesuatu tempoh.

Kalau kena dengan gayanya, silap-silap UMNO boleh diharamkan sekali lagi oleh Mahkamah seperti mana tahun 1988 dulu.

Seharusnyalah, Gerakan Haramkan UMNO (GHU) yang diterajui CheguBard mengambil tindakan sewajarnya dengan melaporkan perkara tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

Entah apa nasib NGO tersebut pun aku tak pasti, tapi harapnya masih bernyawa.

Pelancaran GHU

Aku yakin bahagian itu mempunyai ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Bahagian melantik bekas banduan ini sebagai AJK dan mereka inilah yang perlu dibantu GHU untuk membuat laporan di ROS.

Seiring dengan itu, kita juga akan dapat melihat sama ada ROS bertindak sewajarnya atau tidak terhadap UMNO seperti mana ROS bertindak tegas terhadap komponen Pakatan Rakyat seperti DAP.

DAP seperti yang semua tahu diserang dari pelbagai sudut oleh UMNO dengan menggunakan ROS atas beberapa laporan tidak berasas ahli parti tersebut berhubung proses pemilihan Disember tahun lepas dan September tahun ini yang dikatakan tidak telus.

Aku sendiri pun suka nak lihat sama ada ROS ini benar-benar menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam undang-undnag atau sekadar menjadi boneka UMNO untuk menekan parti komponen Pakatan Rakyat sahaja.

Bahagian mana dan siapa yang terlibat, aku rasa CheguBard pun tahu sebab isu ini sedang hangat diperbualkan di Facebook.

No comments: