Pakatan Rakyat sambut baik kenyataan Duta Gereja Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir semalam yang menempelak pertubuhan rasis PERKASA yang menegurnya kerana menyebelahi Kristian dalam isu kalimah Allah.
Menurut Marina, PERKASA lebih banyak buat kenyataan sampah dari beri sumbangan yang bermakna kepada masyarakat Malaysia dan orang Melayu yang diwakili pertubuhan tersebut. Ini jelas kerana Marina sebagai Melayu, tidak nampak apa sumbangan yang diberikan pertubuhan tersebut kepadanya.
Aku setuju, malah aku yakin ramai orang lain pun setuju, tapi sedarkah Marina bahawa PERKASA itu dinaungi oleh tidak lain dan tidak bukan, bapanya sendiri, Tun Mahathir Mohammad.
Jika PERKASA sampah apa beza dengan Mahathir, bapak sampah!! Tapi Mahathir bukan setakat bapak sampah, dia juga adalah bapa kepada Marina, ini masalah.
Sebaiknya Marina putuskan saja hubungan anak dan bapa dengan Mahathir. Agak sukar untuk Marina menjalankan peranannya sebagai Duta Gereja selagi Mahathir menjadi penaung PERKASA.
Disamping itu, bukan rahsia Mahathir adalah penghalang terbesar pengembangan agama Kristian di negara ini sejak dulu lagi, terutama di kalangan orang Melayu.
Paderi Melayu |
Dari 5 bekas Perdana Menteri yang kita ada sekarang, Mahathir mungkin adalah satu-satunya Perdana Menteri yang menyumbatkan ramai mubaligh Kristian Melayu ke dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), atas alasan menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam.
Antara kes yang popular ialah Paderi Joshua Jamaludin (nama Melayu Jamaludin Osman) pada 1987. Mengikut kisahnya, setelah kegiatan Paderi Joshua terbongkar, beliau telah ditangkap dan di tahan di bawah ISA kerana kononnya cuba mengancam keselamatan negara.
Nasib baik dengan bantuan Majlis Peguam dan beberapa pihak lain (termasuk campur tangan antarabangsa), Paderi Joshua akhir dibebaskan juga dari tahanan ISA dan kini menetap di luar negara kerana bimbang keselamatannya disini.
Semua ini kerja Mahathirlah dan bagaimanakah Marina hendak mengikis tanggapan serong masyarakat terhadapnya dengan sejarah seperti itu?
Marina memang tidak boleh menyalahkan masyarakat kerana di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan seorang anak terpaksa menanggung dosa bapanya, dan amat malang bagi Marina kerana mempunyai bapa seperti Mahathir.
Tidak ada cara lain, jalan terbaik ialah Marina memutuskan hubungan dengan Mahathir. Bagaimanapun, Marina boleh mengekalkan hubungan dengan ibunya Siti Hasmah kerana hubungan anak perempuan dan ibu ini berbeza dengan bapa.
No comments:
Post a Comment