Itulah mesej dalam Twitter YB Azmin Ali ketika mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menafikan Exco Selangor punya apa-apa pengetahuan tentang penyingkirannya sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.
Sedangkan PKNS sendiri (melalui Setiausaha Kerja, Norita Sidek) mengesahkan bahawa yang menyingkirkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS ialah Exco Selangor sendiri.
Dan sememangnya kenyataan itu masuk akal dari semua segi, takkanlah PKNS - anak syarikat milik penuh kerajaan negeri, punya kuasa melantik ahli lembaga pengarah mereka sendiri, tanpa campur tangan kerajaan negeri!!
Kalau itu boleh dilakukan, besar kemungkinan, ADUN UMNO, bukan ADUN Pakatan Rakyat yang masih menganggotai lembaga pengarah syarikat tersebut kerana kita semua tahu sehingga sekarang PKNS masih dilkuasai balaci UMNO, melainkan kepimpinan tertingginya yang sekarang diisi oleh penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Adakah dengan mengeluarkan kenyataan ini bermaksud Khalid masih tidur dan tidak sedar langsung dengan segala perkembangan yang berlaku di sekelilingnya? Jika Khalid nak tunjuk bodoh dan bebal pun, janganlah di depan orang, awak tu Menteri Besar, bukan sebarangan orang.
Ini boleh ditafsirkan sebagai kegagalan Khalid memikul tanggungjawab atas segala keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri. Tidak seharusnya Khalid mengeluarkan kenyataan seperti itu seolah-olah dia tidak tahu sedangkan dia adalah Menteri Besar Selangor!!
'Tragedi' seperti ini kali pertama, malah berlaku juga dalam soal nak merampas tanah Pusat Giat Mara untuk dijadikan projek komersial untuk persatuan peniaga Cina di Rawang dan beberapa tempat lain.
Dah diputuskan tanah itu akan dirampas dalam masa setahun, Khalid tiba-tiba buat kenyataan yang tanah itu hanya akan dirampas kalau dalam tempoh tersebut (1 tahun) kemudahan dalam pusat tersebut tidak dinaik taraf!!
Bila yang Exco buat kenyataan macam itu? Dah keluar notis akan rampas, rampas sajalah, apa nak tunggu naik taraf apa semua?
Untuk mengelakkan lebih banyak masalah hampir sama berlaku di masa hadapan, mungkin sampai masanya kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar di nilai semula dan sama ada sampai masanya Azmin mengambil alih jawatan tersebut dari Khalid.
Kemaskini: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media sebentar tadi mengesahkan bahawa pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga Pengarah PKNS tidak sah".
Terima kasih Datuk Seri.
Kemaskini: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media sebentar tadi mengesahkan bahawa pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga Pengarah PKNS tidak sah".
Terima kasih Datuk Seri.
No comments:
Post a Comment