MUAR - Langkah Umno menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membuktikan parti terbesar orang Melayu itu sebagai pengamal demokrasi sebenar.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, pemimpin berkenaan sepatutnya malu dengan sikap keterbukaan Umno yang bersedia memaafkan mereka walaupun tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan ke atas Umno amat berat.
Razali yang juga Aahli Parlimen Muar menyifatkan walaupun perkara itu sudah selesai dari segi perundangan, namun Tian Chua sepatutnya meminta maaf kepada keluarga mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kerana mereka menerima kesan daripada tohmahan itu.

"Kesalahan, penipuan dan keceluparan yang dilakukan Tian Chua masih belum selesai terutamanya bagi mangsa dan keluarga dalam insiden di Lahad Datu. Dia (Tian Chua) hanya minta maaf kepada Umno sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penarikan balik saman Umno terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu, selepas sambutan Maulidul Rasul peringkat daerah Muar, di sini, hari ini.
Katanya Mustafa pula perlu mengambil iktibar daripada perkara terbabit terutamanya sebagai pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Semalam, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Umno dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Februari tahun lepas.
Mustafa melalui peguamnya dan akhbar rasmi Pas, HarakahDaily pula turut menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Umno kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip dirinya. - Bernama
No comments:
Post a Comment