Tuesday, February 4, 2014

Ahli Parlimen Penampang, "PKR Akan Terus Persoal Al-Quran"


Ahli Parlimen Penampang, Ignatius Darell Leiking sebetulnya tidak salah bila meminta JAKIM memberi penjelasan berhubung sepotong ayat dalam Al-Quran yang menyentuh sensitiviti orang Kristian.

Sebagai penganut agama Kristian dan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell wajib mempersoalkan apa-apa perkara yang boleh mengancam agama anutannya agar tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak, walaupun tindakan itu boleh dilihat sebagai masuk campur dalam urusan agama Islam.

Tindakan Darell ini direstui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim yang melihat keperluan soalan ini dijawab oleh pihak berkuasa agama yang berkaitan.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga telah membangkitkan isu sama apabila ayat tersebut dibaca di semua masjid dalam Wilayah Persekutuan sewaktu upacara sembahyang Jumaat minggu lepas.

Dalam semua pihak bersedia menghadapi pilihanraya negeri Sarawak tidak berapa lagi, isu-isu berkaitan sentimen keagamaan antara Kristian dan Islam ini adalah begitu penting kerana ia boleh memberi kesan kepada tahap sokongan pengundi.

Memandangkan tidak ada ahli Parlimen Kristian dari Sarawak yang berani membangkitkan perkara ini, maka kesudian Darell menawarkan diri untuk menggantikan Kit Siang dalam perkara ini, adalah begitu dialukan.

Kesannya sama sahaja kerana isunya disini bukan Sabah atau Sarawak, tapi agama - Kristian.

Apa pun Pakatan Rakyat berharap JAKIM dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Darell.  Walaupun kita semua tahu bukan JAKIM yang menulis Al-Quran, tapi agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri tersebut masih wajib memberi penjelasan kepada pihak yang berkenaan.

Orang Islam sendiri pun ramai yang keliru dengan ayat tersebut yang membawa maksud berbeza-beza.  Tafsiran yang salah boleh membawa kesan yang berpanjangan dan disinilah keperluan PKR membangkitkan perkara tersebut.

No comments: