Pages

Tuesday, February 18, 2014

Anwar ada agenda tersendiri

  • Abdul Wahid Manaf Abdul Wahid Manaf
 1 / 1 
KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mempunyai agenda tersendiri untuk meneruskan keinginannya bertanding pada PRK Dun Kajang walaupun menerima kritikan pelbagai pihak.

Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr Abdul Wahid Manaf berkata, keinginan Anwar untuk bertanding secara mengejut dan tidak memberi peluang kepada ahli PKR lain sedangkan beliau sudahpun menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, menunjukkan dengan jelas agenda tersebut.

“Dalam arena politik, bila ada peluang sebegini sememangnya setiap pemimpin ada keinginan untuk bertanding, namun ianya perlulah berada di landasan perjuangan yang betul.


“Bukannya secara tiba-tiba dan mengejut seperti dilakukan Anwar yang dilihat begitu teruja ingin bertanding sehingga sanggup mengetepikan ahli lain dan begitu yakin dapat memenangi kerusi Dun Kajang. Mungkin melalui pertandingan ini maka niatnya boleh tercapai,” katanya, semalam.

Dakwanya, Anwar juga dilihat mempunyai motif lain dalam pemilihan ini bukan hanya semata-mata untuk jawatan dan kuasa bahkan untuk memuaskan hatinya.

“Sekiranya ia benar-benar berlaku, ia jelas menyimpang daripada tujuan asal kepimpinan untuk membela rakyat dan semestinya tumpuan beliau kepada rakyat akan sedikit terjejas,” katanya.

Kata Abdul Wahid lagi, walaupun PKR yakin dengan kemampuan calon mereka, namun ia tidak semudah yang dijangka kerana pengundi hari ini lebih bijak.

“Walaupun saban hari rakyat mendengar hasutan pihak tertentu namun kuasa memilih ada pada rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab