Pages

Tuesday, February 18, 2014

Bila Lagi Nak Benarkan Paderi Masuk Masjid?


Kesudian Gereja Holy Family di Kajang untuk membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan khutbah Ahad minggu lepas, sepatutnya membuka jalan kepada pihak berkuasa Islam pula untuk membenarkan paderi masuk ke masjid dan menyampaikan khutbah.

Sebelum ini, sudah beberapa orang pemimpin Islam dari PAS dan PKR, telah pun melakukan perkara yang sama, masuk ke Gereja untuk tujuan pelbagai aktiviti, termasuk menyampaikan ucapan dan menyertai seminar.

Tapi sehingga sekarang, walaupun dalam negeri Selangor sendiri, tidak ada pemimpin Gereja yang dipanggil untuk memberikan ucapan atau khutbah di dalam masjid dan perkembangan ini sangat-sangat mengecewakan komuniti Kristian di seluruh negara.

Sepatutnya, bila sudah diberikan peluang untuk pemimpin Islam masuk ke dalam Gereja dan menyampaikan khutbah, pemimpin dari Gereja juga sepatutnya dibenarkan untuk masuk ke masjid bagi tujuan yang sama.

Barulah dinamakan keadilan dan mempromosi keharmonian antara agama di Malaysia ini.

Jika sebelah pihak saja yang menunjukkan kesudian untuk berharmoni sementara pihak yang satu lagi tidak cenderung ke arah tersebut, susahlah nak buat kerja macam ini.  Sampai bila pun penganut pelbagai agama di negara ini tidak akan berpadu.

Maka itu, aku berharap selepas Anwar menjadi Menteri Besar Selangor yang baru nanti, pendekatan baru harus diambil untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Selangor, pada bila-bila masa dari sekarang, dijangka akan menjadi pusat penyebaran agama Kristian yang paling besar di negara ini selepas Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang - melihat kepada pertambahan penganut agama Kristian di negeri tersebut, termasuk dari kalangan orang Melayu.

Untuk disesuaikan dengan status tersebut, seharusnyalah Anwar membuat perubahan yang dimahukan di negeri itu bagi menyaingi jumlah penganut agama Kristian yang semakin meningkat, dengan membenarkan pemimpin Gereja masuk ke dalam masjid.

Begitu juga peraturan karut yang menghalang orang bukan Islam dari masuk sampai ke kawasan dalam masjid, ini juga harus dihapuskan.  Anwar sendiri sudah menyaksikan bagaimana beliau dibenarkan untuk menggunakan rostrum Gereja bagi menyampaikan khutbahnya Ahad lepas tanpa sebarang halangan.

Demi keadilan, kalau orang Islam dibenar berada di kawasan itu (yang hanya layak untuk paderi) dalam kawasan Gereja, kenapa orang bukan Islam tidak boleh melakukan perkara sama di Masjid?  Seolah-olah ada diskriminasi pulak nanti kalau tidak dibenarkan.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab