Monday, February 17, 2014

Anwar Ke Gereja Untuk Islamkan Penganut Kristian


Aku hairan, kenapa ramai salah faham dan melompat marah bila gambar-gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi khutbah Ahad di Gereja Holy Family Kajang semalam, mula tersebar di media-media sosial.

Patutnya komuniti Islam banggalah sebab seorang Melayu Islam dapat peluang beri khutbah Ahad kepada orang-orang Kristian, mana nak dapat jumpa macam itu?  Rasa aku, ini yang pertama kali, sekurang-kurangnya oleh seorang pemimpin politik.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang bila mana orang Kristian dan orang Islam saling berbalah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam The Herald, tindakan Anwar masuk dalam gereja memberikan khutbah Ahad ini memang layak dapat pujian, bukan dicemuh!!

Nak harap Najib Tun Razak?  Mimpi sajalah dia akan masuk gereja dan buat seperti mana yang Anwar buat.  Menunjukkan disitu, bukan semua orang sama dan ada kebolehan istimewa macam Anwar.

Siapa tahu, selepas selesai Anwar bagi khutbah Ahadnya, ada orang Kristian dari kalangan 1,500 orang yang hadir dalam program tersebut yang terbuka hatinya untuk menerima Islam sebagai agama mereka?


Walaupun kebarangkalian itu berlaku agak kecil kerana kedatangan Anwar pada hari tersebut bukan nak mempromosikan Islam, sebaliknya lebih kepada hal-hal politik semasa, tapi ia adalah satu kemungkinan yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Orang Islam kata, "seru" nak datang ni bukan kira masa dan tempat.

Aku harap kepada yang berfikiran negatif macam ini, fikirlah balik dengan matang kerana pemimpin macam Anwar bukan selalu ada.

Kalau rakyat Malaysia ini mengharapkan keharmonian antara orang Islam dan bukan Islam (terutama orang Kristian), Anwar adalah pemimpin yang terbaik untuk memikul amanah tersebut, melihat kepada kesediaannya bertemu rakyat hampir di mana saja.


No comments: