Ada dakwaan terbaru mengatakan Tan Sri Khalid Ibrahim - Menteri Besar Selangor sekarang, ada mengadakan rundingan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan dia kekal dengan jawatan tersebut setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihanraua kecil Kajang nanti.
Sebagai ganti, bilangan Exco dari PAS dalam kabinet kerajaan Selangor sekarang akan ditambah; sama ada dengan mengadakan portfolio baru atau mengurangkan mana-mana bilangan anggota Exco dari DAP dan PKR sedia ada.
Ini boleh dilakukan kerana seperti yang semua sedia maklum, kuasa melantik Exco adalah dalam penentuan Menteri Besar, dengan perkenan Sultan Selangor.
Bercakap tentang Sultan Selangor, Khalid dilaporkan tidak ada masalah mendapat perkenan tersebut kerana dia dikatakan sudah mempunyai hubungan baik lagi akrab dengan istana Selangor sekarang kerana Khalid tahu Sultan ada kuasa menghalang Anwar dari dilantik ke jawatan itu.
Maka itu, Khalid diminta tampil menjelaskan kebenaran disebalik dakwaan ini kerana ia semakin bertiup kencang dan disahkan sendiri oleh beberapa sumber dalaman yang rapat dengan bakal bekas Menteri Besar Selangor itu.
Tidak hairanlah kita sekarang kenapa PAS Selangor beria-ia menolak perancangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar sebaik menang pilihanraya kecil DUN Kajang nanti, rupanya PAS dengan Khalid sudah ada buat kira di belakang kita semua.
Itupun kalau cerita di atas benarlah.
Dengan jumlah 15 kerusi DUN di Selangor, tambahan beberapa kerusi lagi dari ADUN PKR yang bersimpati dengan Khalid, PAS dijangka tidak ada masalah untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar negeri tersebut.
Paling tidak, Khalid akan bekerjasama dengan UMNO yang mempunyai 12 kerusi untuk memastikan dia kekal di Shah Alam sebagai Menteri Besar Selangor. Ini tidak mustahil kerana Khalid dulu pun adalah bekas ahli UMNO, cuma tak jadi pemimpin saja.
Aku menyeru supaya kepimpinan PKR tidak memandang remeh permainan politik licik Khalid seperti yang dibimbangkan di atas. Dalam apa cara sekalipun, Anwar perlu menjadi Menteri Besar Selangor bagi memulihkan pergolakan politik di negeri tersebut.
No comments:
Post a Comment