Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam secara terbuka mencerca semua orang Melayu yang terlibat dalam demonstrasi membantah klip video tahun baru cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa menghina orang Melayu dan pasukan keselamatan.
Beberapa NGO Melayu yang mengadakan demonstrasi aman membantah Teresa di Putrajaya semalam, menyembelih seekor ayam sebagai tanda bantahan atas penyiaran klip video tersebut oleh Teresa.
Tidak setakat itu, mereka turut menawarkan ganjaran sebanyak RM 500 (sudah dinaikkan kepada RM 1,200) kepada sesiapa yang dapat menampar muka Teresa.
Ketika mengulas tentang kejadian terbabit, Anwar menjelaskan bahawa orang Melayu dan Islam perlu memperbanyakkan dakwah dari melayan isu-isu remeh seperti itu (bantahan ke atas klip video Teresa) yang beliau percaya di dalangi oleh UMNO.
Walaupun tidak ada bukti, tapi percayalah, memang UMNO dalangnya.
Pakatan Rakyat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar kerana berdiri teguh di belakang Teresa dalam isu ini. Asal hari itu kita bimbang juga kalau Anwar tidak menyokong seperti mana cadangan 3 ADUN DAP untuk membuang Islam dari perlembagaan Selangor.
Ternyata Anwar tidak begitu dalam kes ini dan beliau begitu kuat menyokong Teresa serta tidak ada masalah untuk mencerca semua mereka yang terlibat.
Sepatutnya, inilah yang semua orang Melayu patut jadikan contoh, bukan mengikut tindakan bodoh dan tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan NGO-NGO berkenaan semalam.
Dengan tidak semena-mena, nyawa seekor ayam melayang semalam kerana orang Melayu marahkan klip video Teresa Kok itu tanpa sebarang sebab yang munasabah. Kalau pun betul Teresa kata "melayu boleh mati" dalam klip video tersebut, apa masalah?
Semua orang akan mati, tak kiralah Melayu, Cina, India atau sesiapapun, betul?
Jadi aku tak faham kenapa klip video tersebut dijadikan isu yang begitu besar sehingga ke tahap mencabut nyawa seekor ayam. Nak tunjuk emosi, tunjuk emosi sajalah, kenapa ayam itu pula yang dikorbankan?
Pakatan Rakyat akan cuba mendapatkan kenyataan dari beberapa persatuan pencinta haiwan di negara ini berhubung tindakan bodoh yang dilakukan orang Melayu dalam demonstrasi tersebut.
Satu laporan polis akan dibuat berhubung dengan insiden tersebut dan laporan berkaitan juga akan dipanjangkan kepada agensi PBB yang bertanggungjawab dalam soal melindungi hak haiwan.
Jika kena dengan caranya, semua yang terlibat itu akan di dakwa di Mahkamah kerana menganiaya binatang untuk tujuan politik dan perkauman.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab