Pages

Friday, February 7, 2014

Melayu Memang Haprak, RM 1,200 Saja Untuk Tampar Teresa?



Bila Pakatan Rakyat kata UMNO gagal membangunkan orang Melayu selama memerintah negara ini sejak merdeka, ramai yang marah, ramai yang meletakkan contoh-contoh jutawan Melayu seperti Syed Mokhtar dan sebagainya untuk menyangkal kenyataan tersebut.

Tapi bila Melayu hanya berani bayar RM 1,200 sahaja kepada sesiapa yang dapat menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana penyebaran video yang di dakwa menghina Melayu, kenapa tidak ada yang melihat tawaran itu sebagai bukti sememangnya orang Melayu di Malaysia ini tidak berduit atau bahasa pasarnya, haprak?

Hanya RM 1,200 untuk bayaran bagi pembalasan kepada yang (kononnya) menghina Melayu!!  Tak murah sangat ke tu?


Aku tak pastilah apa tujuannya RM 1,200 ini ditawarkan.  Sama ada untuk menunjukkan Teresa Kok itu terlalu murah atau sememangnya orang Melayu di Malaysia ini tidak berduit.

Bagaimanapun dalam konteks ini, aku lebih percaya bahawa orang Melayu memang tidak berduit, maka itu mereka hanya berani menawarkan jumlah sekecil itu kepada sesiapa yang dapat menampar muka Teresa.

Aku ingat Teresa pun tak ingin mukanya ditampar, melihat kepada jumlah yang begitu rendah dan murah, nak beli babi seekor pun tak cukup dengan wang sebanyak itu.

Pun begitu, inilah satu lagi bukti kebodohan orang Melayu.

Dalam pada sesetengah mereka bercakap gah mengenai untung nasib orang Melayu di negara ini, mereka sebenarnya tidak mempunyai kekuatan yang besar, walaupun dari segi jumlah (kuantiti), mereka adalah golongan majoriti di negara ini.

Sehingga nak tampar orang yang didakwa menghina bangsa mereka sendiri ini pun, Melayu hanya berani letak wang sekecil itu - RM 1,200.

Memalukan.

Aku pasti, kalau yang berdemo semalam itu Cina dan muka yang nak ditampar ini muka Najib, maka jumlah wang yang ditawarkan sudah semestinya jauh lebih tinggi dari itu, silap-silap beratus ribu atau berjuta ringgit.

Dek besarnya jumlah wang, Najib sendiri pun akan bekerjasama dengan sesiapa supaya mukanya ditampar dan wang yang akan diperolehi itu nanti, dibahagi dua sesama mereka.

Najib, tahu sajalah, asal boleh buat duit.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab