Monday, February 10, 2014

Effendi Norwawi Bakal Ketua Menteri Sarawak?

UMNO dan medianya cuba mengelirukan rakyat dengan memberi bayangan bahawa Datuk Amar Abang Johari Haji Openg yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru menggantikan Tan Sri Abd Taib Mahmud yang telah memegang jawatan tersebut selama 33 tahun.

Sedangkan maklumat yang diterima Pakatan Rakyat Sarawak menunjukkan, bekas Menteri kerajaan persekutuan, Datuk Seri Effendi Norwawi yang bakal dilantik ke jawatan tersebut setelah Taib Mahmud mengundurkan diri untuk menjadi Gabenor Sarawak nanti.

Permainan politik penuh muslihat ini sengaja dirancang UMNO bagi menunjukkan seolah-olah Abang Johari berada dalam kedudukan terbaik untuk menggalas kekosongan yang ditinggalkan Taib Mahmud, sedangkan hakikatnya orang lain yang akan dilantik ke jawatan tersebut.

Abang Johari mungkin pemimpin pilihan rakyat Sarawak untuk menggantikan Taib Mahmud, tapi beliau agak sukar di kawal berbanding Effendi yang pernah menanggotai kabinet persekutuan ketika dibawah kabinet Tun Dr. Mahathir dulu.

Cakap ringkasnya, Najib mahu melantik seorang 'boneka' UMNO di Sarawak kerana mudah nak melahap hasil bumi negeri tersebut yang kaya dengan balak dan minyaknya dan Effendi adalah pilihan utama berbanding dengan Abang Johari.

Taib juga dikatakan bersetuju dengan pemilihan Effendi.

Menurut sumber yang sama lagi, masalah kesihatan Abang Johari akan dijadikan alasan kenapa beliau tidak dilantik ke jawatan tersebut walaupun dari segi hierakinya Abang Johari paling layak kerana beliau juga adalah Timbalan Ketua Menteri!!

Effendi yang juga suami kepada pelakon terkenal, Tiara Jaquelina dikhabarkan sudah bersedia untuk mengisi kekosongan tersebut dan bertanding dalam kerusi DUN Balingian yang akan dikosongkan Taib.

Jentera kempen Effendi juga dikatakan sudah mula bergerak sejak semalam di kawasan Balingian sebaik Taib Mahmud mengumumkan hasratnya untuk bersara.

Nama Effendi sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat setelah segala masalah dengan Abang Johari yang pasti tidak berpuas hati denga keputusan tersebut, diselesaikan oleh Taib Mahmud.

Pakatan Rakyat akan terus memainkan peranan dan mengambil kesempatan di atas pergolakan politik yang berlaku di Sarawak sekarang.  Kita yakin, akan berlaku kejadian ADUN-ADUN PBB Sarawak melompat parti kerana tidak bersetuju dengan pemilihan Effendi.

Maka itu, Pakatan Rakyat sudah seharusnya bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negeri dari BN sekiranya perkara itu berlaku nanti.

No comments: