SHAH ALAM – Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup untuk menghapuskan keperluan ruangan bangsa dalam sebarang borang di negara ini didakwa salah satu usaha halus dan terancang untuk mengubah identiti negara yang sedia ada sejak sekian lama.
Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mat Dali mendakwa, cadangan tersebut jelas menggambarkan sikap Joseph yang menyokong kesamarataan kaum, sekaligus menolak keistimewaan bangsa Melayu di dalam perlembagaan.
"Jadi, saya tidak fikir dia tidak tahu apa itu kontrak sosial dan juga kedudukan Melayu Islam di negara ini.

“Namun boleh jadi kemungkinan besar dia sendiri yang tidak mahu menerima semangat perlembagaan yang telah termaktub,” katanya dalam satu kenyataan.
Joseph Kurup ketika merasmikan Dialog Perpaduan anjuran Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabtu lalu dilaporkan media telah mencadangkan agar nama bangsa dalam borang di negara ini dihapuskan ekoran selepas 50 tahun penubuhan Malaysia, masyarakat masih dipisahkan dengan identiti kaum dan agama.
Tambah Rahman, Isma sememangnya menentang keras sebarang usaha dari mana-mana pihak walaupun dari BN untuk mengubah identiti negara sejak berkurun lamanya atas alasan tidak sesuai lagi selepas 50 tahun merdeka.
Sedangkan hakikatnya yang perlu dilaksanakan adalah orang Melayu masih perlu dibantu dan agama Islam mesti terus diperkukuhkan di bumi Malaysia ini.