Pages

Tuesday, February 18, 2014

Kalau Mahathir Anak Jantan, Jom Bertanding Di Kajang


Aku lemas betul dengan pelbagai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad berkaitan dengan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang.

Dari beberapa hari lepas, tidak ada hari dimana Mahathir kutuk ini yang tidak buat kenyataan mengecam Anwar, lepas satu, satu.  Semua kenyataan itu bersifat menghasut dan tipu, tapi pelik tak dengar berita Anwar nak saman atau tidak.

Nak recall pun rasa malas, banyak sangat.

Mungkin ada ilmu yang orang tua itu pakai agaknya, tapi aku rasa Anwar patut saman saja Mahathir kerana buat kenyataan bohong seperti itu.

Balik pada isu tadi.  

Aku cabar, kalau Mahathir rasa dia lebih hebat dari Anwar, sila bertanding di Kajang sebagai calon BN, calon Bebas atau apa.  Dari situ kita nak lihat siapa lebih hebat, Anwar atau Mahathir.

Untuk rekod, Mahathir pernah kalah dalam pilihanraya umum parlimen Kota Setar pada 1969 di tangan calon PAS, Almarhum Yusof Rawa, sedangkan Anwar tidak pernah sekali pun tewas dalam mana-mana proses pilihanraya yang beliau sertai sejak mula bertanding pada 1982.

Hebat tak hebat.

Kajang ini pun dijangka akan jadi perkara yang sama.  Sudah ada tokoh masyarakat di Kajang sana yang meramalkan Anwar akan menang dengan majoriti besar - 80% undi dan semua calon lain (termasuk dari BN), hilang deposit.

Aku sendiri rasa ramalan itu berpatutan dan ada kebenaran sebab sudah ada ura-ura yang BN akan menarik diri dan tidak bertanding bagi mengelak dimalukan oleh Anwar kalau parti itu kalah dengan lebih teruk nanti berbanding PRU13.

Jika itu berlaku, Najib akan berada pada kedudukan lebih buruk dari terburuk dan keadaan ini sudah tentu tidak sihat untuk Presiden UMNO tersebut.

Tapi kalau Mahathir rasa dia boleh tukar terbalik keadaan tersebut jadi memihak kepada BN, tak tahulah.  Hanya satu cara saja nak pastikan perkara itu - dengan Mahathir masuk bertanding di Kajang dan menentang Anwar.

Ramai orang nak lihat pertandingan antara 2 musuh tradisi ini berlaku.  Banyak sangat cakap tapi apa habuk pun takde Mahathir ni.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab