Pakatan Rakyat mewakili pimpinannya seperti Lim Kit Siang dan Tony Pua hari ini mengemukakan permohonan maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penyiaran beberapa artikel, posting di Facebook dan sebagainya yang menyentuh tentang khutbah Jumaat.
Semua yang terjadi itu bukanlah kerana ingin menimbulkan keadaan huru hara, tapi lebih kepada kekurangan pengetahuan mendalam mengenai selok belok dalam agama Islam seperti khutbah Jumaat ini.
Nak dibetulkan salah faham disini bahawa khutbah Jumaat bukanlah satu amalan pilihan, tapi wajib dilakukan oleh umat Islam kerana ia menggantikan dua rakaat sembahyang Zuhur khusus pada hari Jumaat.
Lim Kit Siang juga difahamkan tidak berniat langsung untuk mempertikaikan ayat 120 Surah Al-Baqarah yang diselitkan dalam khutbah Jumaat disediakan JAKIM awal bulan ini.
Beliau tersilap kerana tidak tahu yang ayat tersebut adalah petikan dari Al-Quran, beliau ingatkan ia sebahagian teks biasa yang disediakan JAKIM (tanpa merujuk kepada ayat Al-Quran).
Penjelasan mengenai komen Tony Pua mengenai khutbah Jumaat yang menyentuh tentang hari Valentine, tidak dapat diperolehi kerana beliau gagal untuk dihubungi.
![]() |
Artikel Ini Telah Dipadamkan Dari RoketKini |
Maka itu, semua yang terlibat, antaranya blog ini, Roket Kini dan beberapa portal berita pro Pakatan Rakyat yang lain, telah/akan menarik balik kesemua artikel yang berkaitan dengan isu tersebut, bagi mengelakkan salah faham yang berpanjangan.
Sekali lagi diulang, ini bukan cubaan untuk menimbulkan kekacauan tapi ia berlaku kerana kejahilan yang terlibat dengan hukum hakam dalam agama Islam, maklumlah, hampir kesemuanya tida ada pengetahuan mendalam tentang Islam.
Dalam hal ini, pendekatan PAS yang memaafkan mana-mana orang bukan Islam yang terkhilaf menafsir kenyataan yang sebenarnya diluar konteks pengetahuan mereka, perlulah diguna pakai.
No comments:
Post a Comment