Friday, February 21, 2014

Penerima BR1M Celaka.!! Kamu Yang Miskin, Kami Yang Menderita


Besok khabarnya akan diadakan pelancaran BR1M 3.0 di Kampung Baru oleh Najib Tun Razak, sebagai simbolik bermulanya program tersebut untuk tahun ini (kali ketiga berturut-turut).

Malah ada dikalangan penerima, sudah mendapat wang yang dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing bermula hari ini.

Cukup ramai orang melihat program Bantuan Rakyat 1Malaysia ini sebagai medan untuk UMNO dan Najib Tun Razak menebarkan sebanyak-banyak wang kepada rakyat miskin di negara ini - bukan nak tolong rakyat sama sekali pun.

Dari satu sudut pemahaman, kenyataan itu memang betul, tapi dari beberapa sudut yang lain, BR1M ini adalah satu kezaliman kerana is jadi cara kerajaan BN mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan pertengahan supaya wang itu boleh diberikan kepada orang miskin.

Aku tergolong dalam kumpulan yang tidak mendapat BR1M tapi dari segi membayar cukai, aku rasa aku lebih banyak bayar cukai kepada kerajaan, berbanding orang-orang miskin yang menerima BR1M ini.  Aku yakin, ramai orang lain senasib dengan aku.

Timbul rasa tak puas hati kerana kekayaan negara ini hanya dikongsi sama banyak dan sama rata oleh orang miskin saja, apa orang kaya dan pertengahan macam aku ni tak layak terima subsidi kerajaan?

Ini bukan cerita mampu atau tidak, ini soal hasil negara sepatutnya dibahagi sama rata, bukan hanya kepada satu kumpulan kecil, sementara kumpulan besar yang lain hanya mampu memandang dari jauh kerana tidak layak.

Pendekatan yang diamalkan pentadbiran Najib ini memang tidak boleh diterima sama sekali.  Kalau nak bagi, biar semua dapat, kalau tidak, baik semua tak payah dapat langsung - baru adil dan saksama.

Sebab itu Pakatan Rakyat tidak mengamalkan pendekatan membazirkan harta negara seperti ini.  Kalau kita jadi pemerintah BR1M ini akan dihapuskan dan penumpuan diberi kepada memastikan seluruh rakyat Malaysia sama-sama mendapat faedah dari hasil kekayaan negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beberapa kali sebutkan, hari ini beliau jadi Perdana Menteri, 2 hari selepas itu harga minyak turun begitu saja dan kekal pada harga itu buat selama-lamanya, tidak akan naik lagi.

Bagus cara macam itu sebab semua orang dapat dan merasa faedahnya.  Walaupun orang itu mungkin tidak mempunyai kenderaan, tapi kerana subsidi minyak ini mampu menurunkan harga barang, maka dia pun akan sama mendapat nikmat darinya.

Negara ini ada 28 juta penduduk, tapi sekitar 4 juta ke 5 juta orang saja yang mendapat BR1M.  Aku nak tanya setulus hati adakah ini adil?

Kalau tak adil, maka layaklah penerima BR1M ini kita celakakan, begitu juga dengan yang memberinya.