Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat nampaknya masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan Pakatan Rakyat untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebaik beliau menang dalam pilihanraya kecil DUN Kajang nanti.
Suhaizan dipetik media sebagai berkata "Pergerakan itu (Pemuda PAS) menyokong pencalonan Anwar di Kajang, tapi tidak menyokong perlantikkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baru".
Persoalan aku sekarang, siapa Suhaizan? Apa besar engkau nak menghalang Anwar dari menjadi Menteri Besar Selangor?
Jangan kata Suhaizan, Tuhan pun tak boleh halang Anwar menang di Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor.
Tak percaya tengok.
Itu Tuhan tu, pun tak boleh halang kemaraan Anwar, apatah lagi pula Suhaizan Kaiat. Dia sendiri pun entah dimana letak diamnya (bertanding di Simpang Renggam pun kalah), tiba-tiba nak tunjuk bagus membantah Anwar dari menjadi Menteri Besar Selangor?
Aku tak bercakap kosong, kajiselidik yang dijalankan jelas menunjukkan Anwar sebenarnya sudah pun 'menang' sebaik diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Kajang tempoh hari.
41% undi dari masyarakat Cina dan penganut Kristian di Kajang sudah pasti akan pergi kepada Anwar, hanya 9% sahaja undi lagi yang diperlukan dari orang Melayu, India dan sebagainya untuk memastikan kemenangan besar Anwar.
Pilihanraya kecil yang nak dibuat ini nanti serta gerak kerja yang sedang hebat dijalankan sekarang, hanyalah satu formaliti sahaja sebab keperluan undang-undang yang mengkehendaki begitu, kita layan sajalah.
Tapi merujuk kepada tahap sokongan pengundi di Kajang dan sokongan tokoh perniagaan dan pemimpin masyarakat tempatan seperti Syarikat Haji Samuri dan Ujang Bagong, Anwar sudah pun menang!!
Justeru, Suhaizan dan Pemuda PAS diminta duduk depan cermin sebelum bercakap benda yang kamu semua tidak tahu hujung pangkalnya.
No comments:
Post a Comment