Pages

Wednesday, February 12, 2014

Sah!! Pasangan Rakyat Malaysia Di Sweden Memang Pendera Kanak-Kanak


Bila aku katakan bahawa pasangan rakyat Malaysia Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal yang ditahan di Sweden kerana memukul anak adalah pendera kanak-kanak (maka itu tidak seharusnya dibantu), ramai yang bising.

Kononnya itu Islam, sini Islam dan segala macam Islam, sampai aku pun tak faham yang Islam dengan memukul budak-budak?

Tapi sekarang, bila jiran mangsa di Sweden sendiri yang mengesahkan bahawa pasangan tersebut (terutama isterinya) memang selalu mendera anak-anak mereka dari segi fizikal dan mental, apa yang sekelian di luar sana nak kata?
Ikut kata bekas jiran itu, pihak sekolah dimana anak-anak mereka belajar di Sweden pun sudah seringkali memanggil pasangan tersebut untuk menerima kaunseling kerana mendera anak-anak mereka atas kesalahan yang sangat kecil.

Dia sendiri pun pernah mendengar si ibu memaki hamun anak-anak mereka hanya kerana minta dibukakan pintu setelah balik dari sekolah, apa jenis manusia macam ini?

Jika salah dakwaan jiran tersebut, saman dan bawa ke Mahkamah, selagi itu belum berlaku, kita anggap ianya memang betul.  Lagipun, manusia apa yang bersusah payah nak buat cerita bohong dalam hal macam itu?

Kalau ada untung sekalipun, bukan banyak mana duitnya.

Dakwaan ini harus diambil perhatian serius oleh kerajaan Malaysia yang telah menghabiskan cukup banyak wang rakyat untuk membantu pasangan berkenaan yang kononnya dianiaya oleh undang-undang tidak masuk akal negara Sweden.

Malah bagi memastikan hakim Sweden mengggugurkan kes ini, pentadbiran Najib telah menggunakan pengaruh untuk membawa anak-anak pasangan tersebut balik ke Malaysia - tanpa terlebih dahulu menunggu sehingga perbicaraan selesai.

Kanak-kanak tersebut adalah saksi dalam kes itu, bagaimana pendakwa raya di Sweden nak menang kes kalau saksi-saksi utama telah dibawa pulang ke Malaysia?  Itu pun tak boleh fikir ke?

Dengan segala kebaikan yang dilakukan pentadbiran Najib terhadap keluarga ini sejak ditangkap, rupa-rupanya pasangan tersebut memang benar-benar pendera kanak-kanak dan dengan itu, tidak layak langsung untuk dibantu.

Pakatan Rakyat akan highlight isu ini dalam sidang dewan rakyat Mac nanti.  

Semua butiran perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membela pasangan terbabit juga akan kita minta didedahkan supaya rakyat tahu bahawa wang mereka dibelanjakan pentadbiran Najib bagi membela penjenayah!!

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab