Pages

Wednesday, February 12, 2014

Sumpah Bola: FAM Sendiri Pun Tolak Islam Dalam Sukan!!

Kenyataan Timbalan Presiden FAM semalam yang menolak tindakan pengurusan pasukan T-Team mengadakan majlis sumpah di depan Al-Quran kelmarin, membuktikan bahawa persatuan bolasepak kebangsaan berkenaan serius menolak amalan Islam dalam sukan.

Beliau merujuk kepada upacara angkat sumpah di depan Al-Quran yang dilakukan oleh kesemua pemain dan pegawai pasukan T-Team di Kuala Terengganu kelmarin.  Upacara itu dipercayai atas arahan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Sememangnya Pakatan Rakyat dari dulu sudah mencadangkan supaya ada pemisahan antara aktiviti sukan dengan amalan Islam.  Contohnya, kalau dalam Islam tidak dibenarkan memakai seluar pendek, tapi dalam sukan perkara tersebut tidak mengapa.

Aku pernah menulis dulu disini, antara sebab kenapa pencapaian atlit wanita Olahraga kita di Sukan SEA begitu mengecewakan adalah kerana pakaian mereka hanya sesuai digunakan untuk pergi ke pasar, bukan untuk berlari!!

Macam mana nak bersaing dengan atlit negara lain yang mengenakan pakaian yang lebih sesuai untuk berlari - ketat dan mendedahkan?

Jangan jadi sesetengah negara yang berselubung satu badan ketika bersukan, alasannya sebab nak menjaga tertib yang dinyatakan dalam agama.  Itu adalah antara beberapa perkara paling bodoh yang boleh dibuat oleh mana-mana manusia di dunia ini.

Malangnya, perkara seperti ini banyak berlaku di dalam agama Islam saja, agama-agama lain tidak pulak pernah kita dengar perkara seperti ini berlaku.

Pasukan T-Team sepatutnya dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM kerana membawa masuk unsur-unsur Islami dalam bidang yang sebenarnya tidak langsung berkaitan dengan agama seperti sukan bolasepak.

Sukan adalah bahasa universal, seperti mana muzik dan nyanyian, tidak seharusnyalah ia dirosakkan dengan amalan-amalan yang tidak sesuai dikaitkan dengannya seperti yang dilakukan pasukan T-Team itu.

Di Malaysia ini sendiri, peminat sukan bukan hanya terdiri dari orang Islam saja, tapi bangsa-bangsa lain juga.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab