Pages

Saturday, March 22, 2014

Bersihkan Bomoh Dari Senarai Ahli Parti Pakatan Rakyat


Rupa-rupanya bomoh tikar terbang Ibrahim Mat Zain ini adalah seorang penyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1998 lagi.

Bomoh ini dikatakan adalah antara orang penting yang 'memagar' Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan fitnah liwat 1 Anwar pada 1998 dari segala pengaruh jahat yang mahu mengancam nyawa Anwar sepanjang perbicaraan tersebut berlangsung.

Memagar dalam erti membaca ayat-ayat tertentu untuk menghalang tenaga jahat dari masuk ke dalam kawasan yang dilindungi - siapa nak percaya amalan bodoh macam ini, percayalah, aku tak nak campur.  Pada aku kalau nak buat pagar kena guna simen dan konkrit, bukan baca-baca ayat.

Tapi aku difahamkan bukan Anwar yang minta bomoh tersebut menjalankan upacara itu, dia yang nak buat sendiri secara sukarela kerana simpati dengan fitnah jahat yang dikenakan ke atas Anwar.

Oleh yang demikian, nak mengaitkan Anwar dengan perbuatan mengarut bomoh tersebut pun tidak boleh juga kerana beliau pada waktu itu sedang dalam tahanan, bila masa yang nak berhubung dengan bomoh-bomoh ini semua.


Walaupun begitu, status bomoh tersebut sebagai seorang penyokong Pakatan Rakyat telah menjejaskan kredebiliti kita sedikit sebanyak walaupun dari segi logiknya, mustahil nak menentukan mana satu bomoh dari berjuta-juta orang yang menyokong Pakatan Rakyat sekarang.

Lagipun, bomoh ini bukan mudah nak kenal macam sami hindu (ada tanda di dahi).  Mereka sama macam orang biasa dan boleh terdiri daripada sesiapa saja.

Dengan berkata begitu, bukan bermaksud bomoh-bomoh ini boleh terlepas dari terus menerus memalukan Pakatan Rakyat, masih ada ruang untuk mengenal pasti dan menyingkirkan mereka.

Antaranya dengan pengakuan, seperti yang dilakukan Ibrahim Mat Zain sekarang dimana dia telah mengaku penyokong Anwar, walaupun status keahliannya dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang mana satu, masih boleh dipersoalkan.

Sebaiknya dengan pengakuan ini, keanggotaannya dalam Pakatan Rakyat dihentikan kerana kita tidak mahu kehadiran segelintir orang seperti ini (meskipun atas nama menyokong perjuangan), akan menjejaskan sokongan lebih ramai.

Ini termasuklah bomoh yang berselindung di sebalik status ulama seperti Harun Din, itu juga patut dibuang kerana latar belakang mereka itu menjadikan Pakatan Rakyat buruk dimata rakyat, terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.