Pages

Saturday, March 22, 2014

MH370: Doa Ulama, Tok Guru & Bomoh Ditolak Tuhan?


Sama ada sesiapa perasan atau tidak, sejak MH370 ini dilaporkan hilang, tidak ada hari dimana tidak diadakan upacara sembahyang hajat dan berdoa dilakukan di banyak masjid di seluruh negara ini meminta agar pesawat itu dijumpai.

Malam tadi di Putrajaya sahaja, selepas acara Selawat Perdana (yang membazirkan masa dan menyusahkan orang lain akibat kesesakan jalan raya), turut diadakan juga upacara sembahyang hajat, diketuai oleh ulama terkenal mendoakan pesawat yang sama.

Tapi sudah masuk 3 minggu sejak pesawat itu hilang, masih tidak ada secebis kecil pun dari badan pesawat tersebut yang dijumpai setakat ini, walaupun aset dan peralatan yang digunakan canggih-canggih belaka.

Seterusnya menimbulkan persoalan, adakah doa orang-orang Islam ini semua sudah tidak lagi diterima oleh Tuhan, sudah tidak laku?

Atau ada sesuatu yang menghalang doa-doa ini dari dimakbulkan, dimanakah silapnya?

Berbanding dengan Gereja, Kuil dan Tokong, aku tidak mendengar apa-apa maklumat mereka mengadakan upacara sembahyang dan doa secara beramai-ramai, kalau ada, sudah tentu gambarnya dah bertebaran di Internet, tapi tidak nampak pun.

Ini menunjukkan bahawa orang-orang Kristian, Hindu dan Buddha lebih rasional dan tidak mengambil jalan mudah usaha mencari pesawat tersebut dengan sekadar bersembahyang dan berdoa atau terpekik-pekik di tengah laut supaya pesawat tersebut timbul.


Pada kelompok ini berdiam diri dan berharap sahaja pun sudah cukup dalam usaha mencari pesawat tersebut yang masih tidak dijumpai sehingga sekarang.  Terpekik dan melalak sekuat mana tapi kalau kapal terbangnya masih tidak dijumpai, sekadar memalukan negara sahaja.

Jadi kalau ada masa nak menilai semula kepercayaan dan amalan masing-masing, inilah masa yang sesuai.  Mesti ada sebab kenapa berjuta-juta orang berdoa pun, kapal terbang tersebut masih tidak dijumpai.

Bila peralatan canggih pun tak dapat nak mengesan lokasi pesawat, katalah kena kembali kepada Tuhan (sembahyang dan berdoa).  Tapi bila itu pun (sembahyang & doa) tak dapat membantu dalam proses mencari pesawat tersebut, nak buat apa sekarang?

Isytihar semua orang tu dah mati sajalah, habis cerita, tak usah buang masa lagi.