Pages

Saturday, March 22, 2014

Istana Tak Akan Halang Wan Azizah Jadi MB Selangor

Pakatan Rakyat telah memperolehi pengesahan dari sumber yang rapat dengan Istana Selangor bahawa pihak Istana tidak akan menghalang Datin Seri Wan Azizah Ismail dari dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru setelah menang pilihanraya kecil Kajang esok.

Dalam erti kata lain, seawal Isnin (sekiranya tidak ada apa-apa halangan dan mendapat perkenan Tuanku), Wan Azizah akan menjadi wanita pertama yang dilantik ke jawatan itu dengan gelaran Datuk Menteri Besar.

Ini adalah kali kedua seorang wanita dilantik ke jawatan tinggi di negeri itu kerana Selangor sebelum ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila melantik Hannah Yeoh sebagai Speaker wanita - yang pertama seumpama dengannya berlaku di Malaysia.

Ini menunjukkan Pakatan Rakyat memang paling ke hadapan dalam soal meninggikan taraf wanita di Malaysia ini, bukan BN.

Difahamkan tanda tangan sokongan dari 43 wakil Pakatan Rakyat dalam DUN Selangor atas perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar telah pun diperolehi, cuma menunggu surat perletakkan jawatan dari Tan Sri Khalid Ibrahim saja untuk melengkapkan proses tersebut.

Serah tugas jawatan Menteri Besar akan dilakukan pada tengahari Isnin ini di Bangunan SUK, Shah Alam, jika majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar berjaya dijalankan pada waktu pagi.  

Pada pagi Selasa, barisan Exco yang baru dijangka akan turut mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor dengan Khalid akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, Khalid akan menerima bayaran gaji dan kemudahan-kemudahan lain yang sedang dinikmatinya kini.  Ini adalah sebahagian dari kompromi untuk Khalid mengosongkan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Wan Azizah.

Bercakap tentang Exco, dari segi keanggotaan, mungkin ada sedikit perubahan tapi perkara ini perlulah dibincangkan dan mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu kerana perlembagaan negeri menetapkan kuasa melantik Exco adalah di tangan baginda.

Cuma yang tidak sedapnya, ada khabar mengatakan Faekah Hussin akan dilantik semula sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, sementara jawatannya di syarikat Menteri Besar Diperbadankan akan diambil alih oleh Datin Paduka Hasnah Mohamad Ali.

Setakat ini dulu maklumat yang dapat aku kongsikan.  Apa sekalipun, suka nak diingatkan disini bahawa semua ini bergantung kepada perubahan jadual dan lain-lain yang perkara yang berkaitan seperti perkenan dan sebagainya.