Pages

Saturday, March 22, 2014

Najib Turun Kajang, Cina Nak Kompromi Sabotaj PR?


Aku difahamkan Perdana Menteri Najib Tun Razak akan turun ke Kajang sebentar nanti untuk entah muslihat apa.

Bagi yang biasa dengan suasana cara BN, pasti tahu adalah luar biasa bagi seorang Perdana Menteri turun ke kawasan pilihanraya kecil kerana tugas itu biasanya digalas oleh Timbalannya.  Kawasan yang pasti menang pun Najib tak turun, apatah lagi kawasan BN pasti kalah seperti Kajang.

Jadi apa muslihatnya Najib mencemar tradisi dengan turun ke Kajang malam ini?

Khabarnya ada kompromi akan dibuat dengan orang Cina di Kajang untuk memberikan undi kepada calon BN, Chew Mei Fun.

Satu sms berbahasa Mandarin yang meminta orang cina tidak mengundi calon Pakatan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Ismail, juga telah mula tersebar sejak dari petang tadi.  Antara lain, kandungan sms itu menyatakan bahawa orang Cina perlu ada seorang wakil pembangkang di DUN Selangor.

Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana pilihanraya kecil, terutama di kalangan masyarakat cina.  Aku bertambah musykil bila Najib pula datang Kajang malam ini.

Aku masih cuba mendapatkan sms itu yang katanya disasarkan kepada pengundi-pengundi di Sungai Chua.  Sungai Chua adalah kawasan kubu kuat Pakatan Rakyat, dalam PRU13 yang lepas, BN kalah teruk di peti undi ini.

Pakatan Rakyat seharusnya berhati-hati dengan kebarangkalian orang Cina akan sabotaj Pakatan Rakyat di Kajang.  Sejak Anwar menarik diri dari bertanding, banyak perubahan berlaku di kalangan orang Cina Kajang.

Dikatakan mereka tidak gemar diwakili seorang wanita warak dan bertudung seperti Wan Azizah.  Wan Azizah juga tidak mempunyai karisma seperti suaminya dan maka itu tidak boleh memberi kelebihan yang banyak kepada kaum tersebut di Selangor, berbanding kalau Anwar yang menjadi calon.