Pages

Sunday, March 23, 2014

Pilih yang tulen, gesa Wan Azizah

wan azizah ceramah_kajang
KAJANG: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meneruskan ‘Langkah Kajang’ menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Kajang untuk mengundi ‘perjuangan tulen’ Pakatan Rakyat (PR).

Dalam ceramah terakhirnya beberapa jam sebelum tempoh berkempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang tamat, Wan Azizah menggesa pengundi Kajang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat.
“(Mengundi) itu adalah tanggungjawab, itu hak untuk mengundi masa depan. Barisan Nasional (BN) – MCA ciplak, bila kita kata demi rakyat mereka pun kata demi rakyat,” katanya

“Vote for original, don’t vote for ciplak man (Undi yang asli, jangan undi yang ciplak),” tegas Wan Azizah sambil disambut tepukan hadirin yang menghadiri program tersebut.
Sambil mengenang kembali hukuman penjara selama enam tahun yang dijatuhkan kepada Anwar pada 1998, Wan Azizah berkata anaknya bertanya kepada bapanya adakah tempoh itu satu tempoh yang lama.
“Betapa sedihnya saya rasa masa itu.
“Bila Anwar tak boleh bertanding kali ini, Pakatan Rakyat (PR) bermesyuarat dan memilih saya untuk bertanding. Saya panggil anak-anak saya dan mereka berkata ‘go for it’,” katanya lagi.
Wan Azizah turut menggesa pengundi untuk keluar mengundi awal untuk mengelakkan tempat mereka digantikan pengundi hantu.
“Kalau tak keluar awal-awal, hantu undi untuk kita. Hantu bangla, hantu mana lagi,” katanya sambil ketawa.
Anwar yang sebelum ini merupakan calon PR bagi PRK Kajang telah digantikan oleh isterinya Wan Azizah ekoran keputusan Mahkamah Rayuan pada Mac 7 lalu menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding.
Anwar telah didapati bersalah kerana didapati meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 lalu dan dikenakan hukuman penjara lima tahun.
Kerusi Kajang kosong ekoran penyandangnya dari Lee Chin Cheh dari PKR melepaskan jawatan Jan 27 lalu.