Pages

Monday, March 24, 2014

Selepas Kajang, Tumpuan Kini Pada Perlantikan MB S'gor Yang Baru


Selepas Kajang, tumpuan Datin Seri Wan Azizah Ismail sekarang akan beralih kepada mendapatkan kerusi Menteri Besar Selangor yang kini disandang Tan Sri Khalid Ibrahim.  Spekulasi beliau akan mengambil alih jawatan tersebut bukan baru, tapi sudah mula tersebar sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Bila dah menang kerusi DUN Kajang ini, spekulasi bukan lagi spekulasi, ia dah jadi kenyataan.

Memandangkan tarikh beliau mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang hanya akan berlangsung pada 7 April depan, maka tempoh untuk Khalid mengosongkan kerusi Menteri Besar pun akan dilanjutkan juga.

Ini bagi membolehkan beberapa masalah dalaman diselesaikan terlebih dahulu.  Apatah lagi bapa saudara Sultan Selangor, Tengku Azman Shah, 84 baru sahaja meninggal dunia semalam, sudah tentu baginda tidak ada masa terluang untuk majlis perlantikan Menteri Besar yang baru.

Lagipun perkara itu memang tidak perlu disegerakan. Tambahan pula semua ADUN Pakatan Rakyat dalam DUN Selangor (termasuk Khalid) telah menandatangani surat sokongan untuk Wan Azizah menjadi Menteri Besar.

Tapi proses ini tidak akan lengkap selagi Khalid belum menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan menghadap Sultan Selangor untuk menyatakan kesediaannya berundur dari jawatan tersebut bagi memberi laluan kepada Wan Azizah.

Aku dah nyatakan dalam satu tulisan semalam.

Pakatan Rakyat berharap perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru nanti (selain memecahkan tradisi lelaki dan mencipta sejarah baru), boleh menyelesaikan banyak masalah yang tidak mampu diselesaikan Khalid selama ini.

Nasib baik di Kajang kita masih menang walaupun banyak bukti menunjukkan kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Khalid gagal menyelesaikan masalah sampah, longkang dan parit tersumbat, bekalan air, jalan dan sebagainya.

Silap-silap majoriti turun ini pun kerana undi protes, siapa tahu.  Sebab itu perlu diselesaikan masalah ini dengan segera dengan perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.