Pages

Monday, March 24, 2014

Terkini: Sidang Media Khas Najib, MH370 Sah Terhempas


Terkini - seperti yang Pakatan Rakyat ramalkan pada 8 Mac yang lepas, memang sah MH370 telah terhempas ke dalam laut dan semua penumpang serta anak kapal telah mati.

Artikel berkenaan boleh dirujuk disini.

Kelewatan pengesahan ini harus dipersalahkan kepada kerajaan BN akibat gagal memiliki aset-aset mencari dan menyelamat terkini dan terpaksa bergantung kepada kepakaran dari negara luar.

Dalam hal sekarang, kepakaran syarikat satelit yang dilantik pembuat enjin, Roll Royce yang menjumpai pesawat tersebut - disatu kawasan terpencil di lautan Hindi.

Jika siasatan merumuskan sabotaj oleh juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah (ahli seumur hidup PKR) sebagai punca, UMNO juga yang harus bertanggungjawab.  Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipenjarakan, semua ini tidak akan berlaku.

Artikel berkenaan boleh dirujuk disini.

Terdahulu - Sidang media khas bersama antara Najib Tun Razak dan Hishamuddin Tun Hussein jam 10 malam nanti dijangka mengesahkan bahawa beberapa serpihan besar yang ditemui oleh pasukan mencari Australia mengesahkan bahawa ia berasal dari pesawat MH370.

Menurut sumber, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah membuat pengesahan tersebut ketika menghubungi Najib sebentar tadi.

Secara kebetulan atau apa, penemuan ini adalah sehari selepas PKR mengekalkan kerusi DUN Kajang yang kosong berikutan perletakkan jawatan ADUN sebelumnya semalam.


Pesawat itu pula hilang tidak beberapa jam selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya secara paksa.

Menunjukkan disitu, pesawat itu hilang kerana bala dari kes Anwar dan dijumpai sekarang kerana rahmat dari kemenangan Datin Seri Wan Azizah di Kajang.