Saturday, March 8, 2014

[Update] Pesawat MAS Terhempas? Bala Hukuman Ke Atas Anwar?



[Kemaskini] - Sumber yang tidak disahkan menyebut bahawa pesawat telah mendarat cemas di Wilayah Nan Ming

Siaran media oleh Malaysian Airlines System (MAS) sebentar tadi mengesahkan bahawa sebuah pesawat MAS, penerbangan MH370 menggunakan pesawat 777-200 putus perhubungan dengan menara kawalan di Subang pada jam 2.40 pagi tadi.

Pesawat yang membawa 227 penumpang  (2 bayi) dan 12 anak kapal itu dalam perjalanan ke Beijing, berlepas dari KLIA pada jam 12:14 malam tadi dan sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30am hari yang sama.

Usaha mencari dan menyelamat dengan pihak yang berkaitan telah digerakkan dan masih menunggu berita selanjutnya.

Semua ahli keluarga penumpang dan krew penerbangan diminta menghubungi MAS untuk maklumat lanjut.