Friday, March 7, 2014

(Update) Fitnah Liwat 2: Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun


(Kemaskini: Anwar dihukum penjara 5 tahun penjara)

Hari gelap kepada sistem keadilan di Malaysia bila Datuk Seri Anwar sebentar tadi didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Menurut sumber di Mahkamah Rayuan sebentar tadi, besar kemungkinan Anwar akan dipenjara walaupun peguam utamanya, Karpal Singh berusaha memastikan rayuan terhadap hukuman Anwar ditangguh berdasarkan satu laporan kesihatan yang menunjukkan Anwar mengalami beberapa masalah yang tidak memungkinkan beliau dipenjarakan hari ini.

Status permohonan penangguhan tersebut masih kabur, tapi jika BN tidak mahu dituduh mengawal Mahkamah, maka seharusnya permohonan itu dibenarkan.


Dalam masa yang sama, keputusan ini memberikan kelebihan kepada kempen Pakatan Rakyat di Kajang nanti.  Anwar mungkin tidak boleh bertanding, tetapi orang lain boleh menggantikan tempat beliau seperti Rafizi dan Nurul Izzah.

Mana-mana satu pun, kesannya tetap sama, Pakatan Rakyat menang.