Agak mengejutkan juga pendedahan yang dibuat Pendakwaraya dalam kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Shafie Abdullah bahawa air mani Anwar dijumpai 4cm dalam dubor Saiful Bukhari.
Jika video seks dengan china doll diambil kira, panjang 'benda' itu pun sudah lebih 4cm, dicampur dengan ereksi yang berlaku, sepatutnya sperma itu dijumpai lebih jauh dari itu, bukan setakat 4cm sahaja.
Jadi memang sahlah ada yang tidak kena dengan pendakwaan kes liwat ini, seolah-olah wujud konspirasi. Perlu diingat, kita sekarang baru bercakap tentang satu perkara ini sahaja - berapa jauh air mani itu pergi, belum lagi kita menyentuh isu utama kebarangkalian spesimen itu telah ditukar.
Tidak hairanlah kenapa berdasarkan maklum balas yang aku dapat sekarang, hampir tidak ada manusia di Malaysia ini yang percaya Anwar (pada umur seperti sekarang) berupaya melakukan perkara liwat meliwat ini.
Jangan kata orang biasa, orang UMNO sendiri pun ramai tak percaya Anwar mampu meliwat sesiapa dan pendakwaan ini, waktu yang dipilih untuk rayuan di dengar di Mahkamah Rayuan, semuanya bersifat politik.
Malah, hujah Shafie semalam pun, semuanya berbaur politik, dari mula sampai sudah.
Aku yakin Anwar akan menang kali ini, apatah lagi bila Shafie sendiri mengesahkan bahawa tidak mungkin ada 100% kepastian dalam kes ini kerana katanya, dalam hidup pun tidak ada 100% kepastian.
Shafie terlupa, dalam standard Mahkamah di Malaysia, sebelum menyabitkan seseorang dengan kesalahan perlulah melampau keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt). Standard ini memerlukan kepastian 100%, tidak boleh kurang dari itu.
Pelik macam mana peguam yang kononnya terkenal seperti Shafie boleh beri kenyataan seperti ini, nampak sangat nak sabotaj Ghani Patail dan pentadbiran Najib. Tapi elok juga sebab dengan sabotaj itu Anwar boleh bebas dan dibersihkan dari dakwaan yang cuba dikenakan ke atasnya.