Pages

Wednesday, April 30, 2014

Disebalik Dakwaan Penipuan, Pemilihan PKR 2014 Masih Terbaik


Macam-macam cuba digambarkan UMNO bagi mengatakan pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang sebagai antara yang paling buruk dalam sejarah.

Antaranya, dakwaan berlaku penipuan, jumlah kertas undi tidak sama dengan jumlah ahli yang datang mesyuarat, kertas undi ditanda orang lain dan sebagainya.  

Lebih kelakar lagi, ada juga dakwaan pemilihan kali ini diselebungi dengan politik wang?  Ingat ini pemilihan UMNO ke?

Ditambah dengan kenyataan beberapa pimpinan PKR sendiri seperti CheguBard, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa orang lain mengenai keraguan dalam proses pemilihan beberapa cabang di Sarawak, sentimen yang mengatakan pemilihan PKR sekarang sedang berhadapan masalah, semakin memarak.


Yang peliknya, semua dakwaan dan tuduhan itu diarahkan kepada bakal Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedangkan Azmin tidak langsung terlibat dengan proses pemilihan yang dikendalikan sepenuhnya jawatankuasa bebas yang dikendalikan orang lain.

Malangnya, ada juga dikalangan pimpinan PKR tertentu yang memang diketahui tidak senang dengan kekuatan sokongan yang dimiliki Azmin, turut terlibat menyebarkan pembohongan tersebut sehingga imej Azmin terjejas.

Ada juga yang membentuk pasukan pemantau mereka sendiri, kononnya tidak percaya dengan ketelusan pemilihan yang dijalankan!!  Kalau tidak percaya parti sendiri, kenapa tidak masuk saja UMNO?

PKR tidak perlu pimpinan yang macam ini.

Hakikatnya pemilihan PKR dengan konsep satu ahli satu undi ini adalah berkali ganda lebih baik dari pemilihan UMNO yang masih mengekalkan konsep hampir sama cuma diturunkan kepada bahagian-bahagian parti itu saja, berbanding dulu, melalui perwakilan dalam perhimpunan agung.

Memang diakui ada berlaku satu atau insiden yang meragukan seperti pengiraan undi yang dibuat di bilik hotel di Batang Sadong, tapi tidaklah sampai menjejaskan pemilihan secara keseluruhannya kerana seperti diterangkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul, kejadian itu berlaku kerana bekalan elektrik putus di pusat pemilihan.