Pages

Wednesday, April 30, 2014

Turun 501 Turut Bantah Hudud


Himpunan manusia terbesar dalam sejarah negara Malaysia ini besok, Turun 501 telah diputuskan akan turut menjadi medan bantahan rakyat kepada perlaksanaan hukum hudud oleh PAS Kelantan yang mendapat sokongan kuat UMNO.

Perkara ini telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa kecil himpunan yang diketuai sendiri oleh Timbalan Presiden PAS sendiri, Haji Mohamed Sabu sebentar tadi bagi meredakan kerisauan orang bukan Islam berhubung perkara tersebut yang kembali ditimbulkan beberapa pihak baru-baru ini.

Dikatakan, beberapa NGO anak muda Cina telah mengugut untuk menarik diri dari himpunan yang akan diadakan esok jika agenda membantah cadangan hukuman hudud ini tidak dimasukkan dalam Himpunan Turun 501.


Jangan keliru, soalnya sekarang bukan nak membantah PAS kerana nak melaksanakan hudud, tapi sokongan tidak berbelah bagi yang diberikan UMNO jika cadangan hudud itu dibahaskan di Parlimen nanti.

Pendek kata yang dibantah ialah UMNO, bukan PAS.  Kena jelaskan ini betul-betul, takut nanti orang keliru.

Untuk tujuan berkenaan, satu NGO baru yang dikenali sebagai Gerakan Bantah Hudud (GBH) telah dibentuk bagi tujuan tersebut.

NGO baru ini akan bersama-sama dengan NGO sedia ada yang lain seperti Royalti, ANAK, SAMM dan sebagainya yang telah sekian lama menjadi tulang belakang kepada beberapa himpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Penubuhan NGO baru ini adalah antara beberapa perubahan saat akhir yang dilakukan Pakatan Rakyat bagi disesuaikan dengan situasi semasa yang berlaku dalam negara sekarang.  

Sebelum ini Pakatan Rakyat juga memutuskan bahawa himpunan raksasa esok tidak sahaja menumpukan kepada GST dan penurunan kos sara hidup semata-mata, tapi turut menjadi platform kepada gerakan Reformasi 2.0, hak asasi manusia (LGBT) dan sebagainya.

GST dan penurunan kos hidup hanyalah asas untuk mengadakan himpunan, tapi bagi memastikan ia turut menyentuh pelbagai masalah lain yang sedang berlaku dalam negara sekarang, maka beberapa agenda baru seperti yang diterangkan diatas, turut dimasukkan pada saat-saat akhir.