Polis membenarkan Perserta himpunan turun 501 membantah GST berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.
Perkara itu dimaklumkan oleh OCPD Dang Wangi dalam pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu semalam berkenaan himpunan 1 Mei esok.
Menurut Mohammad, polis menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.
"Polis memberi kerjasama yang baik untuk perhimpunan kali ini," kata Mohamd ketika di sidang media di KLCH.