Pages

Tuesday, May 6, 2014

Ahli UMNO Tak Layak Jadi Saksi Kes Hudud


Sokongan tidak berbelah bahagi UMNO ke atas cadangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan ini, menimbulkan sedikit persoalan apakah UMNO benar-benar bersedia untuk hudud di laksanakan atau hanya sokong di Parlimen, kemudian serahkan kepada PAS untuk tanggung segala beban?

Tujuan bertanya ni sebab kita tahu, tidak ada orang UMNO yang layak untuk membantu PAS dalam melaksanakan hudud.  Ambil contoh 4 saksi untuk kesalahan mencuri yang boleh dipotong tangan dibawah hudud.

Saksi yang dibolehkan ini khabarnya ialah saksi yang alim, warak, waras, tidak melakukan sebarang dosa dan sebagainya.  Adakah manusia macam ini di dalam UMNO?


Ahli UMNO yang aku tahu 80% ahli UMNO adalah terdiri daripada mereka yang kaki judi, kaki perempuan/jantan dan macam-macam lagi.  Baki 20% itu adalah terdiri daripada orang-orang yang tidak sempurna untuk jadi saksi mengikut spesifikasi hudud.

Bagaimana dengan latar belakang keahlian yang begini, UMNO nak diharap membantu PAS di Kelantan untuk melaksanakan hudud?

Persoalan ini penting untuk UMNO jawab kerana berdasarkan jumlah kes jenayah membabitkan kecurian di Kelantan hari ini, aku difahamkan ada beratus setiap bulan.  Tak percaya, pergi periksa rekod Mahkamah di Kelantan, tidak ada hari dimana tidak dibicarakan kes kecurian, hari-hari ada.

Jadi dengan kes yang sebegini banyak, sudah tentu banyak juga saksi yang diperlukan.  Satu kes sudah 4 saksi, beratus-ratus kes, sudah beribu-ribu saksi.  Aku tak yakin PAS ada tenaga yang cukup walaupun dari segi agama orang PAS memang layak, mesti kena minta bantuan orang UMNO.

Sedangkan dalam UMNO, tidak ada orang yang mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan sempurna kerana seperti yang dijelaskan di atas, hampir semua orang UMNO masuk dalam kategori orang yang akan masuk neraka.

Oleh yang demikian. nampak jelas disini PAS sudah masuk dalam jerat UMNO.  PAS tidak sedar bahawa UMNO sedang memperalatkan PAS dalam isu hudud ini untuk kepentingan mereka sendiri.  Tidak mungkin UMNO nak berkongsi penguasaan ke atas orang Melayu yang mereka milik sekarang dengan PAS.

Kita semua nampak, malangnya PAS saja yang buat-buat tak nampak?