Pages

Tuesday, May 6, 2014

Gempar!! 4 Ahli Parlimen PAS Akan Sertai PKR Hari Ini


Sumber memaklumkan bahawa kerusi Parlimen PKR akan bertambah menjadi 34 setelah 4 orang ahli Parlimen PAS menyertai parti tersebut hari ini bagi mengelakkan kehilangan faedah sebagai penyokong Pakatan Rakyat di Parlimen setelah  PAS dijangka keluar dari Pakatan Rakyat berhubung isu hudud yang dibantah hebat oleh PKR dan DAP.

Bagi yang tidak tahu, kebanyakkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi jawatan pengarah dengan bayaran lumayan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Aku telah memperolehi nama semua ahli Parlimen berkenaan, tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa menangguhkan untuk menyiarkan nama-nama mereka sementara menunggu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (badan tertinggi dalam Pakatan Rakyat), membuat keputusan mengenai kedudukan PAS petang ini.

Dijangkakan, lebih ramai ahli Parlimen PAS yang lain akan turut menyertai jejak langkah 4 orang rakan mereka ini terutama dari kalangan mereka yang berfahaman liberal.  Maklum sajalah, bukan semua ahli Parlimen ini menyokong perlaksanaan hudud yang diputuskan PAS untuk Kelantan.

Majoriti daripada mereka belum terlibat pun dengan politik ketika kerajaan PAS Kelantan meluluskan enakmen hudud dan qisas negeri Kelantan pada tahun 1993.  Adalah tidak adil mereka dipaksa untuk menyokong enakmen undang-undang yang wujud lebih 21 tahun dulu!!

Tapi dalam masa yang sama, mereka juga terikat dengan PAS.  Maka itu, jalan keluar paling baik ialah dengan keluar dari parti tersebut dan menyertai PKR atau DAP.  Jalan itu adalah lebih selamat kerana tidak perlu menceraikan isteri (lelaki) atau minta cerai (perempuan) dengan talak tiga seperti yang dipersetujui semasa dilantik menjadi calon dulu, kalau memilih untuk menjadi ahli parlimen bebas.

Sekurang-kurangnya, DAP dan PKR masih lagi sebahagian dari parti pembangkang serta menentang UMNO.

Apa pun, perkembangan ini adalah cukup menarik untuk dinantikan bersama-sama.  Kita berharap dengan  keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat petang ini dan majoriti besar ahli Parlimennya menyertai PKR atau DAP, dapat menyelesaikan kemelut berkaitan hudud yang seakan tidak nampak penghujungnya.