Pages

Monday, May 12, 2014

Ejen Yahudi Rosakkan Pemilihan PKR


Kacau bilau yang berlaku dalam pemilihan PRK 2014 sepanjang minggu lepas, terutama sekali di Selangor, adalah disebabkan oleh gangguan dari ejen-ejen yahudi yang diupah oleh UMNO untuk memburukkan imej PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum.

Selain itu, ejen-ejen yahudi upahan UMNO yang berkenaan juga cuba mencetuskan perbalahan kaum di dalam PKR, terutama sekali membabitkan ahli PKR berbangsa Melayu dan India.  Sememangnya, kekecohan yang berlaku di beberapa cabang sebelum ini (terutama di Selangor), membabitkan perebutan jawatan antara Melayu dan India.

Antaranya di Sabak Bernam, Batu, Petaling Jaya Selatan dan beberapa cabang yang lain lagi.
Ejen-ejen yahudi upahan UMNO ini bukan sahaja mencetuskan provokasi antara penyokong calon bertanding, malah mereka dikesan turut terlibat sebagai petugas pemilihan ysng terlibat memangkah kertas undi bagi orang lain.

Malah, segelintir daripada mereka turut bertindak sebagai pemantau pemilihan dan jenis inilah yang tidak berlaku adil sehingga mencetuskan kekecohan.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul melalui satu kenyataan yang difakskan kepada media sebentar tadi.

Hakikatnya, sebagai sebuah parti yang mengutamakan keadilan, tidak mungkin perkara yang memalukan ini boleh berlaku - kalau bukan kerana campur tangan pihak luar yang memang kita tahu tidak senang dengan keutuhan PKR sebagai parti tunjang Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, JPP akan mendedahkan nama-nama semua ejen yahudi upahan UMNO ini kepada umum tidak beberapa lama lagi supaya rakyat tahu bahawa segala kekecohan yang berlaku dalam pemilihan kali ini bukan disebabkan oleh PKR tapi UMNO.

JPP dikatakan hanya menunggu masa yang sesuai sebelum boleh mendedahkan nama-nama tersebut untuk tatapan umum kerana tidak mahu mengganggu kelancaran pemilihan yang sedang berjalan sekarang.

Laporan polis juga akan dibuat supaya satu siasatan menyeluruh dapat dijalankan dan seterusnya membawa UMNO ke Mahkamah kerana niat jahat cuba menghancurkan PKR dari dalam.