Pages

Monday, May 12, 2014

Khalid Ibrahim Fitnah PKR


Politik ini memang pelik tapi lebih pelik bila orang korporat mencuba nasib dalam politik.  Inilah yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang pada mulanya dituduh mengamalkan politik wang dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor, boleh pula menuduh pesaingan, bekas ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam mengamalkan perkara yang sama.

Manickavasagam atau lebih dikenali sebagai Mike ini pada asalnya menuduh Khalid membayar antara RM 20-RM50 seorang kepada ahli PKR Kuala Selangor untuk memilihnya sebagai Ketua Cabang dan Timbalan Presiden PKR, tapi Khalid juga mendakwa Mike membayar pada jumlah yang hampir sama.

Siapa betul, siapa tipu kita tidak tahu kerana perkara itu sedang disiasat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), tapi yang penting, dakwaan Khalid ke atas Mike itu telah menconteng arang ke muka PKR dan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Berbanding dengan Mike yang tidak ada apa-apa jawatan (selain bekas ahli Parlimen Kapar), dakwaan Khalid itu lebih memalukan PKR kerana dia adalah Menteri Besar Selangor.

Politik wang ini adalah gejala yang berlaku dalam UMNO sejak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden parti tersebut lagi, kenapa Khalid tergamak membawa masuk gejala tersebut dengan mendakwa pesaingnya bermain politik wang?

Aku tidak nampak sebab lain, melainkan Khalid memang sengaja menuduh Mike mengamalkan politik wang untuk memalukan PKR dengan meletakkan parti yang bertunjangkan keadilan itu, setaraf atau lebih teruk dari UMNO.

Sebab itu daripada beratus-ratus cabang yang sudah mengadakan mesyuarat setakat ini, hanya Cabang Kuala Selangor sahaja dakwaan politik wang ini kita dengar berlaku, cabang-cabang lain mana ada.  Kekecohan kalau ada pun disebabkan pengurusan undi, bukan kerana politik wang.

Aku agak, alasan Khalid berbuat demikian ialah kerana dia sudah tahu lebih awal bahawa peluangnya untuk menyerlah dalam politik PKR dengan memenangi kerusi Timbalan Presiden semakin menipis berikutan keputusan semasa yang menunjukkan calon favorite, Azmin Ali semakin mendahului pencalonan.

Jadi, bak kata pepatah kalah jadi arang, menang jadi abu, Khalid mengggunakan kesempatan ini untuk memalukan PKR dengan membuat dakwaan tidak masuk akal apabila menuduh pesaingannya bagi kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor mengamalkan politik wang.

PKR dikatakan akan memberi kata dua kepada Khalid, tarik balik kenyataan atau berhadapan dengan tindakan yang lebih keras.