Saturday, May 3, 2014

Kenapa DAP Sabotaj Himpunan GST?

Menurut laporan beberapa badan pemantau yang mengikuti perjalanan himpunan membantah GST di Kuala Lumpur 1 Mei lepas, kehadiran kaum cina adalah begitu mengecewakan dengan tidak sampai 5% pun daripada mereka yang hadir.

Telah diputuskan bahawa kehadiran kaum cina ke dalam himpunan itu adalah diuruskan sepenuhnya oleh parti DAP.

Selain ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan beberapa pemimpin peringkat rendah DAP, tidak ada pemimpin tertinggi parti tersebut seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan sebagainya yang hadir menyertai himpunan tersebut.

Walhal, pihak penganjur telah memasukkan agenda membantah perlaksanaan hudud dalam himpunan tersebut pada saat-saat akhir seperti yang dituntut DAP.  Poster dan sticker mengenainya pun telah diedarkan penganjur himpunan di sekitar Dataran Merdeka, Petaling Street dan kawasan berhampiran.

Jadi, apa masalahnya lagi?

Ini yang Pakatan Rakyat sedikit tidak faham dan berharap DAP dapat memberi penjelasan kenapa perkara ini boleh terjadi atau kita boleh katakan disini bahawa DAP telah mensabotaj himpunan tersebut.

Sokongan dari orang cina penting kerana GST adalah satu sistem percukaian yang berkait rapat dengan ekonomi.  Orang cina pula diketahui begitu mahir dengan ekonomi berbanding kaum-kaum lain di Malaysia dan maka itulah peranan mereka sangat penting.

Selain itu, GST juga (jika dilaksanakan nanti) akan menyukarkan peniaga-peniaga cina dalam banyak hal. Semua orang tahu, sistem percukaian sekarang mempunyai banyak lopong yang boleh dimanipulasi peniaga cina untuk menjana lebih banyak wang untuk mereka.

Dengan pengenalan GST, tiada lagi ruang untuk mendapat wang lebih kerana semuanya di pantau oleh kerajaan dan sebarang salah laku yang dikesan, akan mendapat hukuman yang berat disisi undang-undang.

Pendek kata, kaum cina adalah pihak yang paling untung kalau GST tidak dilaksanakan.  Maka itu Pakatan Rakyat pelik kenapa DAP gagal menarik sokongan yang secukupnya dari kaum cina untuk menyertai himpunan kelmarin.

Kalau orang cina datang, silap-silap himpunan itu pasti akan mencecah 1 juta orang.