Thursday, May 1, 2014

Pemilihan PKR: Azmin dahului carta

  • Pemilihan PKR: Azmin dahului carta
 1 / 1 
SHAH ALAM - Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendahului carta pemilihan parti itu dengan 5,111 undi, sekali gus meninggalkan dua pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (2,322) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (2,228).

Manakala jawatan Naib Presiden pula, menyaksikan penyandangnya, Nurul Izzah Anwar menjadi pilihan utama dengan 5,610 undi dan ia disusuli pencabar baharu, Rafizi Ramli (5,010), Tian Chua (4,833) dan wakil Sarawak, Baru Bian (4,417).

Selain itu, keputusan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi 10 tangga teratas diungguli oleh Faris Musa dengan 6,201 undi dan ia disusuli oleh Latheefa Koya (5,609), Ali Biju (5,591), Dr Yaakob Sapari (5,216), Hee Loy Sian (5,103), Azmizam Zaman Huri (4,942), Elizabeth Wong (4,914), Shuhaimi Shafiei (4,892), Dr Roland Chia (4,789) dan Zakaria Abdul Hamid (4,542).


Di samping itu, perebutan bagi jawatan Ketua Wanita PKR masih diungguli penyandangnya, Zuraida Kamaruddin dengan 1,789 undi manakala pencabarnya, Rodziah Ismail mendapat 1,106 undi.

Manakala jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula, Amiruin Shari mendapat undi tertinggi iaitu 777 dan ia disusuli dengan Nik Nazmi Nik Ahmad (739) dan Mohd Nazree Yunos (720).

Keputusan penuh boleh diperolehi dengan melayari di laman web hppt://pemilihan2014.keadilanrakyat.org.