Monday, May 12, 2014

Proses Pemilihan PKR Lebih Telus Dari SPR


Walaupun kita akui bahawa pemilihan PKR 2014 berlangsung dalam keadaan yang sedikit kecoh di satu dua tempat, tapi secara keseluruhan, pemilihan ini adalah pemilihan terbaik yang pernah diadakan oleh mana-mana parti politik di Malaysia yang telah wujud sejak berpuluh tahun dulu.

Malah, pemilihan kali ini juga adalah lebih telus dan adil berbanding dengan proses pengundian yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) - tanpa bajet (sebut duit rakyat) sehingga mencecah beratus juta ringgit!!

Berbanding dengan SPR, PKR mendengar dan menyiasat semua dakwaan salah laku yang didakwa berlaku dalam pemilihan parti tersebut.  SPR pula, hanya setakat mengambil laporan semua salah laku yang didakwa dilakukan calon BN dan kemudian memasukkannya dalam tong sampah.


Tidak ada siasatan, tidak ada keputusan yang dibatalkan atau pemilihan semula.

Sedangkan dalam PKR, semuanya dijalankan dengan telus.  Pada saat artikel ini ditulis pun, sudah ada beberapa keputusan di peringkat Cabang dan pusat yang dibatalkan dan diarahkan untuk diadakan pengundian semula.

Yang jadi kelam kabut di satu dua cabang sekarang ini, adalah disebabkan oleh campur tangan UMNO yang menghantar ejen-ejen yahudi untuk mencetuskan kekacauan, termasuk mensabotaj pengurusan pemilihan seperti menghilangkan nama calon, menanda kertas undi untuk orang lain dan sebagainya.

Jika tidak kerana campur tangan UMNO, tidak ada masalah besar seperti sekarang yang boleh berlaku dalam pemilihan PKR kali ini kerana ini adalah kali kedua PKR mengadakan pemilihan dengan konsep satu ahli, satu undi.

Bukan baru pertama kali.

Maka itu, setelah Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia selepas PRU14 nanti, Datuk Johari Abdul akan dicadangkan untuk menjadi Pengerusi SPR yang baru bagi menggantikan ejen-ejen UMNO yang menguruskan suruhanjaya yang sepatutnya bebas itu.

Semoga dibawah kepimpinan Johari Abdul nanti, semuanya akan berjalan dengan lancar dan rakyat Malaysia dapat mengalami sendiri suasana pengundian baru yang hanya dinikmati oleh rakyat di negara-negara maju sahaja.