Pendedahan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengenai penglibatan bekas Gabenor Wilayah Mindanao, Nur Misuari sebagai dalang sebenar di sebalik pencerobohan di Sabah sekarang ini, bukanlah satu berita yang mengejutkan.
Sebetulnya, penglibatan Nur Misuari ini telah dikenal pasti sejak dari kejadian pencerobohan Lahad Datu lagi. Sultan Jamalul Kiram III yang asalnya dipaparkan sebagai dalang utama, hanyalah umpan untuk mengalih perhatian dari Nur Misuari.
Bila bercakap tentang Nur Misuari, sudah tentu tidak ada orang lain di negara ini yang lebih mampu untuk bercakap dengan beliau untuk menghalang serangan selanjutnya, melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib Tun Razak yang kononnya gah dengan reputasi di peringkat antarabangsa itupun tidak mampu mengarahkan Nur Misuari untuk menghentikan serangan ke atas Sabah, melainkan Anwar.
Rakyat perlu faham, kemampuan Anwar untuk mengarahkan Nur Misuari agar menghentikan serangan ke atas Sabah ini nampak macam senang tapi bukanlah satu perkara mudah.
Sebaliknya, ia adalah hasil perhubungan yang terjalin sekian lama iaitu sejak Anwar masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.
Malah ada sumber yang tidak dapat disahkan menyebut, ketika Anwar menjadi pemimpin nombor dua negara, MNLF (pertubuhan yang dipimpin Nur Misuari) pernah mendapat bantuan senjata dan kewangan dari negara ini.
Tapi itu cerita lama, Anwar sekarang adalah pemimpin ulung Pakatan Rakyat yang menentang kerajaan BN sementara Nur Misuari sudah menjadi orang pelarian di Filipina kerana menentang kerajaan pimpinan Presiden Benigno Nonoy Aquino.
Yang penting disini ialah, jika mahu hentikan pencerobohan di Sabah, kerajaan perlu melibatkan Anwar sama. Hanya dengan cara itu sahaja semua pencerobohan ini dapat dihentikan dan menamatkan pertumpahan darah yang berlaku sekarang.
Lebih lama perkara ini ditangguhkan, lebih banyaklah kejadian buruk yang akan berlaku dan semuanya akan dipersalahkan kepada kerajaan yang memerintah, iaitu kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab