Pages

Wednesday, July 16, 2014

Melayu Mudah Ditundukkan Dengan Wanita Cantik

Pemilihan beberapa orang wanita muda Melayu yang berketerampilan untuk menyertai DAP baru-baru ini sebenarnya adalah strategi jangka panjang untuk menarik lebih ramai orang Melayu menyertai parti tersebut.

Sememangnya penggunaan wanita muda dan cantik sebagai tarikan untuk menyertai parti politik ini bukan perkara baru malah telah digunakan secara meluas sebelum ini.  UMNO pun guna pendekatan yang sama juga bila menubuhkan sayap Puteri UMNO pada 1999.

Walaupun ketuanya pada ketika itu tidak berapa nak cantik, tapi ahli-ahlinya yang lain boleh tahan jugaklah, sebab itu prestasi UMNO meningkat secara mendadak pada 2004 walaupun nyaris tumbang pada 2008.


Jadi tidak salah DAP menggunakan pendekatan yang sama sekarang.

Apatah lagi bila ada kajian menunjukkan bahawa majoriti orang Melayu (terutama lelaki) mudah tunduk dengan wanita-wanita cantik.  Malah dikatakan, kriteria pertama bagi hampir 95% lelaki Melayu untuk memilih isteri, ialah muka dulu.

Kemudian baru turun yang lain-lain.

Wanita Melayu pun memang diketahui mempunyai banyak kelebihan berbanding wanita dari kaum lain, paling utama pembersih.  Dikatakan, kalau seorang wanita Melayu memilih untuk menjadi pelacur, dia akan mendapat permintaan paling tinggi berbanding rakan sejawatannya yang bukan berbangsa Melayu.


Maka itu tidak hairanlah kenapa sejak pendekatan ini digunakan, bilangan orang Melayu yang menyertai DAP telah meningkat dengan mendadak.  Menurut sumber, jika ahli DAP Melayu sebelum ini sekitar 50 ke 60 orang, kini jumlah itu telah meningkat hampir 3 kali ganda!!

Tapi jangan silap, muka cantik semata-mata tidak cukup untuk menerima masuk wanita Melayu ke dalam DAP secara beramai-ramai.  Mereka juga mestilah bijak dan ada kelulusan paling tidak Ijazah pertama.

Jika ada kelayakan professional seperti peguam atau doktor, lebih baik.

Dengan jumlah wanita mengatasi lelaki di hampir kesemua Universiti dalam negara kita, sasaran ini bukanlah satu masalah yang besar.  Maka tidak hairan DAP sudah mula mengatur program bagi mendekati golongan ini diperingkat Universiti lagi.

Hal ini sudah diserahkan kepada bekas calon DAP dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan yang lepas, Dyana Sofya Daud untuk mengetuainya dengan dibantu oleh ahli-ahli Wanita Melayu DAP yang baru sahaja menyertai parti tersebut.

1 comment:

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab