Thursday, July 24, 2014

MH17: Saring, label mayat selesai menjelang Jumaat



KHARKIV: Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang Jumaat.
    
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku pada Rabu.
    
Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda, katanya kepada Bernama pada Rabu.
    
Empat gerabak tersebut dibawa dengan kapal pada Selasa ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dari di Kharkiv dan tiba dua hari lalu.
    
Mohd Sakri berkata mayat lain dalam lebih sebuah gerabak dijangka disaring dan dilabel menjelang Jumaat.
    
Sehingga kini 56 mayat telah diterbang ke Belanda pada Rabu untuk pengecaman.
    
Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu.
    
Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya. - Bernama

No comments: