Maklumat terbaru pagi ini menyatakan, setelah 2 ADUN PAS melanggar arahan Majlis Syura Ulama dengan menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor semalam, 3 lagi ADUN PAS akan turut mengikut jejak langkah yang sama hari ini.
Tindakan ini menjadikan jumlah ADUN Pakatan Rakyat yang akan menyokong pencalonan Wan Azizah meningkat kepada 33 orang, berbanding 30 semalam.
Kelima-lima mereka juga akan menyertai PKR setelah hilang kepercayaan kepada PAS.
Satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan diadakan pada tengah hari ini di Selangor, diikuti dengan upacara menandatangani surat akuan sumpah yang akan diserahkan kepada Sultan Selangor sekembalinya baginda dari lawatan di luar negara.
No comments:
Post a Comment