Agak mengejutkan juga bila aku difahamkan dua bekas Exco Selangor DAP yang dipecat semalam, dibenarkan untuk masuk ke pejabat masing-masing pagi ini untuk bertugas seperti biasa disebalik arahan Khalid Ibrahim kepada pihak keselamatan bangunan SUK Selangor semalam yang melarang mereka dari masuk.
Mungkinkah ini bermaksud, 2 bekas Exco berkenaan telah berpaling tadah dengan menyokong Khalid? Kebimbangan ini ada logiknya kerana DAP ada 3 wakil dalam Exco Selangor, tapi kenapa hanya 2 sahaja yang dibenarkan masuk.
3 wakil Exco dari PKR yang dipecat juga masih tidak dibenarkan masuk sehingga sekarang.
Jika ini benar, maka ia adalah satu tamparan hebat untuk Pakatan Rakyat. Sudahlah 4 wakil Exco dari PAS ingkar arahan Pakatan Rakyat agar tidak hadir mesyuarat Exco pagi ini, dah 2 bekas Exco dari DAP pulak memberi bayangan mereka sudah berpaling tadah.
Bagaimanapun, apa yang berlaku di Selangor hari ini membuktikan bahawa kerajaan negeri itu sudah jadi setaraf pengurusan sarkas. Yang dipecat, ada yang boleh masuk bertugas, ada yang tidak, Exco dari 11 (termasuk Menteri Besar) sudah tinggal 5 sahaja dan sebagainya.
Kita harap 2 bekas exco berkenaan tidak berpaling tadah kerana DAP diketahui adalah parti yang berintergriti tinggi.
Kita harap 2 bekas exco berkenaan tidak berpaling tadah kerana DAP diketahui adalah parti yang berintergriti tinggi.
Bagaimanapun, untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera, seeloknya Speaker DUN, Hannah Yeoh memanggil sidang khas DUN Selangor secepat mungkin supaya undi tidak percaya ke atas Khalid boleh dikenakan.
Tak perlu tunggu mesyuarat PAS pada 17 Ogos ini kerana selain tidak perlu, ia bukanlah keperluan dibawah undang-undang tubuh negeri dalam hal pemecatan Menteri Besar. Hanya undi tidak percaya ke atas Khalid sahaja tindakan dibenar dibawah undang-undang untuk penyingkirannya sebagai Menteri Besar.
Adakah DAP parti yang berintergertiti tinggi?
ReplyDelete