Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor.
Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini.
"DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi.
Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini.
Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.
No comments:
Post a Comment