Pages

Thursday, August 14, 2014

PR Memang 'Parti Haram' Tapi BN Lagi Haram Jadah


Khalid Ibrahim semalam mengakui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah wujud di Selangor kerana nama itu tidak berdaftar sebagai pertubuhan rasmi di Malaysia.

Walaupun kenyataan itu benar tapi cara dan siapa yang mengucapkan itu, telah menjadikan telinga banyak orang berdesing dibuatnya sebab baru sekarang Khalid nak mengaku.  Sebelum ini berjuta kali Khalid mengakui Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat.

Nak bukti, rujuk saja ucapan Khalid dalam pembentangan belanjawan di DUN dan sebagainya.

Begitupun, perlu diakui memang benar Pakatan Rakyat haram seperti mana kata Khalid, tapi hanya dari segi teknikal.  Aku sendiri pun tak faham kenapa sejak 6 tahun lepas, Pakatan Rakyat masih gagal didaftarkan sebagai pertubuhan politik.

Jika masalahnya dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS), kenapa perkara ini tidak dibawa ke Mahkamah?  Itu yang pelik.  Yang aku difahamkan, Pakatan Rakyat sengaja tidak didaftarkan kerana masalah penerimaan parti DAP oleh orang Melayu dalam PAS dan PKR.

Tapi PKR sudah tidak lagi masalah, hanya PAS.  Sikit demi sikit, perkara itu akan diatasi kelak.

Bagaimanapun, dari segi semangat perjuangan, Pakatan Rakyat adalah sebuah badan yang 'halal' dan sah di mata rakyat.  Sebab itulah, walaupun setiap parti komponen bertanding atas nama masing-masing, kejayaan yang diraih, akan didedikasikan kepada Pakatan Rakyat.

Rakyat juga percaya dengan keaslian Pakatan Rakyat walaupun nama itu tidak didaftarkan, sesiapa pun boleh guna.

Buktinya, setiap penerbitan dan janji yang dibuat menggunakan nama Pakatan Rakyat seperti Buku Jingga, Manifesto pilihanraya 2013 dan sebagainya, masih mendapat sambutan rakyat. Rakyat nampaknya menaruh keyakinan serta kepercayaan kepada nama itu.

Jadi apa yang masalah Khalid?

Lagipun, apalah guna jadi pertubuhan berdaftar kalau bertindak macam haram jadah seperti BN?  Diakhirnya, tidak ada siapa yang peduli berdaftar atau tidak, yang penting janji boleh pakai atau tidak sahaja.

2 comments:

  1. Asalkan bersama pembangkang tak perlu ikut undang2. Memang pun PR tidak didaftarkan. Bodoh ke? Jgnlah bodoh sampai mati.1

    ReplyDelete
  2. tu lah hudud dah jadi macam biskkut muncul bila pru je ..lepas tu hilang...haha..dah la haram bodo pulak tu

    ReplyDelete

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab